the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
30.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Boleh langgan pakej P-Hailing Rahmah walaupun terikat pakej telco sedia ada

KUALA LUMPUR: Pemandu dan penunggang p-hailing yang masih terikat dengan pakej kontrak peranti dengan mana-mana syarikat telekomunikasi (telco) masih boleh melanggan Pakej P-Hailing Rahmah dengan membuat langganan pelan sim baharu.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam soalan lazim mengenai pakej itu memaklumkam pemandu dan penunggang p-hailing yang kini melanggan dengan mana-mana pelan sim dan terikat dengan pakej enterprise sedia ada juga boleh melanggan pakej itu.

Namun MCMC menjelaskan, ia tertakluk kepada terma dan syarat yang telah dipersetujui antara telco dan penyedia platform p-hailing.

“Pelan Pakej P-Hailing Rahmah ini terbuka kepada semua pemandu dan penunggang p-hailing warganegara Malaysia yang berdaftar di bawah penyedia platform p-hailing yang terlibat dengan syarat langganan adalah tertakluk kepada terma dan syarat telco.

“Pakej ini juga tidak mempunyai kontrak terikat dan pengguna boleh membatalkannya pada bila-bila masa dengan penalti minimum untuk pelan simkad sahaja dan ia ditawarkan bermula hari ini hingga 23 April,” menurut MCMC.

Menurut agensi itu, pemandu dan penunggang p-hailing yang layak akan dikenal pasti penyedia platform p-hailing masing-masing dan pelawaan untuk melanggan pakej boleh didapati melalui pautan notifikasi aplikasi tanpa memerlukan kehadiran secara fizikal ke cawangan telco memandangkan perkara ini melibatkan urusan perniagaan ke perniagaan (B2B).

“Sekiranya mereka tidak menerima notifikasi itu, pemandu dan penunggang p-hailing boleh membuat aduan kepada penyedia platform p-hailing masing-masing,” katanya.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini mengumumkan pemandu dan penunggang p-hailing boleh menikmati perkhidmatan Internet yang ditawarkan pada harga serendah RM33 dengan pelan data sekurang-kurangnya 40GB bermula hari ini hingga 23 April depan.

Fahmi berkata pakej berkenaan adalah hasil kerjasama strategik antara syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi melibatkan CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM (Unifi Mobile) dan YTL Communications (Yes 5G). –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lawnova returns to spoga+gafa with second-generation robotic mower built for AI boundary setup-free navigation

As spoga+gafa opens its doors in Cologne, Yosemite Robotics is returning to Europe with Lawnova, its own robotic mower brand, and a second-generation lineup designed to move the category beyond wire-free mowing toward boundary setup-free outdoor automation.

Harris Hotel & Conventions Sunshine Penang opens, marking the brand’s first presence in Malaysia

HARRIS Hotel & Conventions Sunshine Penang officially opens its doors today, marking the debut of the HARRIS brand in Malaysia and introducing a vibrant new hospitality, meetings and lifestyle destination in the heart of Ayer Itam.

Montfort Boys Town reinforces Malaysia’s TVET talent pipeline with 107 skilled graduates

Montfort Boys Town has produced yet another cohort of skilled and industry-ready graduates, with all 107 students from its 2026 graduating batch successfully attaining their Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Level 2 certification.

Five prison officers charged over Taiping Prison incident

The Prisons Department said the charges mark the latest development in ongoing legal proceedings, following the earlier prosecution of another officer under Section 304(b) of the Penal Code over the same case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings