Saturday, November 22, 2025
22.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Calon SPM terlibat bencana alam dinasihat maklumkan kepada sekolah

KPM nasihat calon SPM 2025 terlibat bencana alam segera maklumkan pihak sekolah atau JPN bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar.

PUTRAJAYA: Calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2025 yang terlibat atau terkesan akibat bencana alam dinasihatkan supaya memaklumkan perkara itu kepada pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dengan segera.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan calon boleh menghubungi bilik gerakan Lembaga Peperiksaan atau JPN di seluruh negara.

KPM menjelaskan pihaknya sentiasa cakna terhadap keselamatan serta kebajikan calon dan petugas peperiksaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan bencana alam.

Pihak kementerian khususnya menyebut tentang ancaman banjir yang mungkin berlaku menjelang peperiksaan SPM 2025.

KPM sentiasa bekerjasama dengan agensi kerajaan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan lancar.

Antara agensi terlibat ialah Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Meteorologi Malaysia, Kementerian Kesihatan, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam serta agensi berkaitan lain.

KPM sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan komited melaksanakan langkah persediaan serta prosedur operasi standard (SOP) sewajarnya.

Langkah ini bagi memastikan peperiksaan SPM 2025 dapat diteruskan dengan lancar dan teratur walaupun menghadapi cabaran bencana alam.

KPM juga mendoakan agar semua calon dapat menduduki peperiksaan dalam keadaan selamat dan selesa. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories