the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

China tegak keadilan dalam isu Palestin, kata Presiden Xi

BEIJING: Presiden China Xi Jinping berkata China konsisten dalam pendirian menegakkan keadilan dalam isu Palestin selain aktif menggalakkan rundingan damai dan terus menyediakan bantuan kemanusiaan serta pembangunan kepada Palestin.

Demikian kata Presiden Xi dalam perutusan tahniah kepada Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sempena Hari Solidariti Antarabangsa Bersama Rakyat Palestin yang diadakan pada Rabu.

Xi menyifatkan isu Palestin sebagai isu teras kepada masalah Asia Barat yang juga melibatkan kesaksamaan dan keadilan antarabangsa.

“Konflik Palestin-Israel berpunca dari tangan “ghaib” yang menghalang rakyat Palestin dalam usaha merealisasikan hak mereka yang sah untuk menubuhkan satu negara yang merdeka. Berulang kali berlakunya konflik Palestin-Israel membuktikan peri pentingnya untuk menegakkan konsep keselamatan bersama bagi mewujudkan keselamatan yang mampan.

“Masyarakat antarabangsa mesti bertindak dengan segera dan Majlis Keselamatan PBB perlu memikul tanggungjawab sepenuhnya untuk menggalakkan gencatan senjata, menamatkan pertempuran dan melindungi keselamatan penduduk awam bagi membendung bencana kemanusiaan.

“Rundingan damai Palestin-Israel perlu disambung semula dengan secepat mungkin bagi merealisasikan hak rakyat Palestin dalam menubuhkan negara, kelangsungan hidup dan kembali ke kampung halaman mereka secepat mungkin,“ kata Xi.

Xi menegaskan China teguh menyokong usaha keadilan bagi memulihkan hak rakyat Palestin yang sah.

“Penyelesaian kepada isu Palestin terletak pada penubuhan negara Palestin yang merdeka yang boleh menikmati kedaulatan sepenuhnya berdasarkan sempadan 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.

“Perlunya memastikan pembangunan ekonomi dan mata pencarian rakyat Palestin terjamin dan masyarakat antarabangsa perlu meningkatkan bantuan kemanusiaan dan pembangunan kepada Palestin.

“Selain itu, landasan rundingan damai yang betul perlu dikekalkan dan persidangan damai antarabangsa yang lebih berwibawa perlu diadakan secepat mungkin,“ kata Xi.

Xi berkata China yang mengemukakan Inisiatif Keselamatan Global menyokong penyelesaian perselisihan dan pertikaian antara negara melalui dialog dan rundingan dan menyokong semua usaha yang kondusif bagi penyelesaian krisis secara damai.

“China, sebagai anggota tetap Majlis Keselamatan PBB, akan terus bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk membina konsensus antarabangsa yang menggerakkan kedamaian, menggalakkan penyelesaian isu Palestin kembali ke landasan yang betul, berpandukan ‘penyelesaian dua negara’ agar isu itu diselesaikan secara komprehensif, adil dan berkekalan,“ kata Xi. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Ladies here, you need to respect them’ – French travel show highlights Rapid KL’s...

“You might see a group of women trying to push you out of the train!” the commuter laughed. “But in the worst-case scenario, you could be reported. They could pull the alarm, report you to an officer on the platform, and the officer would ask you to leave.”

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings