the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Cuaca panas: Caj elektrik masih berdasarkan jumlah penggunaan, bukan nilai rumah

KUALA LUMPUR: Biarpun berlaku peningkatan penggunaan elektrik disebabkan cuaca panas yang dialami negara ketika ini, caj penggunaan elektrik masih dikenakan berdasarkan jumlah penggunaan bulanan dan bukannya nilai rumah, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof (gambar).

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata ketika ini kos bahan api di peringkat global masih pada paras tinggi dan ini menyebabkan peningkatan kos penjanaan elektrik dilepaskan kepada semua pengguna elektrik di Semenanjung di bawah mekanisme Pelepasan Kos Tidak Berimbang (ICPT).

“Sungguhpun demikian, kerajaan telah memperuntukkan subsidi elektrik berjumlah RM1.064 bilion bagi tempoh Januari hingga Jun 2024 kepada semua pengguna domestik iaitu kira-kira 8.1 juta pengguna yang menggunakan elektrik 1500 kWj dan ke bawah setiap bulan agar mereka tidak dikenakan sebarang surcaj bagi tempoh tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Negara hari ini.

Sebelum ini dalam sesi perbahasan Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya mencadangkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberikan rebat 15 hingga 20 peratus daripada keseluruhan bil elektrik dari Januari ke Mac ini susulan fenomena cuaca panas yang dialami negara.

Rebat itu dicadang hanya diberikan kepada rumah yang bernilai RM300,000 ke bawah bagi penduduk di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bagi meringankan beban kewangan yang dihadapi mereka.

Fadillah berkata kementeriannya juga masih melaksanakan Program Rebat Bil Elektrik RM40 bagi ketua isi rumah (KIR) dalam kategori miskin tegar yang disahkan dalam Sistem e-Kasih, dan bagi tujuan itu kementeriannya menerima peruntukan RM55 juta bagi manfaat lebih 160,000 KIR miskin tegar seluruh negara. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival Held in Binzhou

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 18, the 2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival was held at the Yellow River Delta Trading Center in Binzhou.

Befar Group Achieves Mass Production of 6N-Grade High-Purity Hydrogen Fluoride

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 19, Shandong's Befar Group achieved a technological breakthrough in four key areas of process, engineering, testing, and filling to bring its high-purity hydrogen fluoride (HF) for semiconductor applications to the 6N grade (99.9999%).

Shopee Launches #MyShopeeJingle Competition with S$10,000 Cash Prize and Opportunity to Create Its Next...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Shopee today launched #MyShopeeJingle, a nationwide competition inviting tertiary students across Singapore to create the next soundtrack for Shopee's iconic 12.12 campaign.

Freshening Leverages Shopee’s Integrated Solutions to Scale Consumer Brand Zappy

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - As more established Singapore businesses adapt to changing consumer shopping habits, Shopee is helping manufacturers strengthen direct relationships with consumers through e-commerce, enabling traditionally B2B businesses to build recognised consumer brands and drive long-term growth.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings