the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Cuepacs: Pandangan kesatuan pekerja penting dalam penggubalan dasar sumber manusia

KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia (KSM) diharap sentiasa mengambil kira pandangan kesatuan pekerja terutama dalam menggubal Dasar Sumber Manusia baharu.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Dr Adnan Mat (gambar) dalam kenyataan berkata pandangan dan penglibatan wakil pekerja penting bagi memastikan setiap dasar yang digubal sesuai dengan persekitaran kerja semasa di dalam negara.

“Cuepacs menyambut baik dan menyokong sepenuhnya inisiatif dan hala tuju awal yang telah ditetapkan oleh Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong yang dilihat mahu memperkukuhkan kebajikan, meningkatkan kemahiran dan menaikkan produktiviti pekerja,” katanya.

Beliau berkata perancangan digariskan KSM selari dengan apa yang diperjuangkan oleh kesatuan pekerja terutama dalam hal yang akan membolehkan pekerja di negara ini mendapat kadar upah atau gaji yang lebih bermaruah dan wajar

Semalam, Sim menerusi kenyataan mengumumkan KSM akan segera melaksanakan projek perintis Dasar Gaji Progresif bagi membolehkan pekerja mendapat gaji yang lebih bermaruah dan kementerian itu akan bekerjasama dengan Kementerian Ekonomi untuk menjayakan pelaksanaan projek tersebut.

Sim turut menggariskan tiga teras utama KSM iaitu memperkukuh kebajikan, meningkatkan kemahiran dan menaikkan keberhasilan (produktiviti) pekerja.

Dalam pada itu, Adnan berkata pelantikan Bendahari Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank Malaysia (Nube) Chee Yeeh Ceeu sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Sim adalah cerminan bahawa menteri berkenaan terbuka untuk menjalin hubungan baik dengan warga pekerja dan mendengar pandangan akar umbi.

“Cuepacs juga berharap Menteri Sumber Manusia sentiasa terbuka terhadap isu-isu yang akan dibawa oleh kesatuan pekerja agar setiap usaha yang dilakukan oleh kedua-dua pihak memberi kesan terbaik kepada negara dan warga pekerja,“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Ladies here, you need to respect them’ – French travel show highlights Rapid KL’s...

“You might see a group of women trying to push you out of the train!” the commuter laughed. “But in the worst-case scenario, you could be reported. They could pull the alarm, report you to an officer on the platform, and the officer would ask you to leave.”

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings