the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dana RM700 juta: SPRM sahkan ambil keterangan Ismail Sabri

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan telah merakam keterangan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar) berhubung penggunaan dana RM700 juta yang dibelanjakan bagi tujuan publisiti dan promosi semasa pentadbiran kerajaan terdahulu.

Difahamkan keterangan beliau diambil di ibu negara hari ini.

SPRM dalam kenyataan malam ini memaklumkan turut merakam keterangan Toh Puan Nai’mah Abdul Khalid, isteri bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin serta dua anak mereka iaitu Muhammad Amin Zainuddin dan Muhammad Amir Zainuddin di Ibu Pejabat SPRM.

“Ketiga-tiga individu ini dipanggil memberi keterangan bagi memastikan beberapa perkara berhubung aset bernilai tinggi di dalam dan luar negara yang berada di bawah nama syarikat kepunyaan mereka serta terkait dengan siasatan terhadap Daim.

“SPRM ingin menjelaskan bahawa satu notis telah diserahkan kepada Tun Daim di bawah Seksyen 36(1)(a) Akta SPRM 2009 pada 7 Jun 2023 manakala notis di bawah Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM 2009 juga telah diserahkan kepada ahli keluarga beliau,” menurut kenyataan itu.

Pada Feb 2023, SPRM telah menjalankan siasatan ke atas Daim berdasarkan pendedahan serta maklumat daripada Kertas Pandora manakala siasatan terhadap aset beliau juga masih berjalan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malaysian unit trust industry expands

The assets under management (AUM) of unit trust companies in Malaysia increased by approximately RM27 billion, or 6%, to RM569.79 billion as of June 2025, driven by market and currency appreciation.

Healthcare sector to record 12% growth towards 2030

Malaysia’s healthcare sector is projected to record around 12% growth towards 2030, driven by an ageing population, rising chronic diseases, expanding private healthcare services, medical tourism and digital health adoption, according to Frost & Sullivan.

U Mobile completes transition to its own nationwide 5G network

Following its exit from the wholesale access agreement with Digital Nasional Bhd (DNB), U Mobile has successfully completed the migration to its own nationwide ULTRA5G network.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings