the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Deepavali: Little India tetap meriah walaupun ramai pilih berbelanja “online”

KUALA LUMPUR: Walaupun pembelian dalam talian kian menjadi pilihan orang ramai khususnya golongan muda untuk berbelanja, kawasan Little India di empat negeri dilihat tetap menjadi tumpuan penganut agama Hindu untuk membuat persiapan menyambut Deepavali Ahad ini.

Tinjauan Bernama mendapati kawasan Little India berkenaan kelihatan meriah dengan pelbagai hiasan yang membangkitkan semangat pesta cahaya itu dan pengunjung kelihatan sibuk membeli-belah mendapatkan keperluan walaupun dalam keadaan cuaca yang tidak menentu.

Di SELANGOR, Little India di Jalan Tengku Kelana, Klang dibanjiri penganut agama Hindu yang ingin membuat persiapan akhir bersempena dengan perayaan Deepavali.

Pesara swasta K. Sivakumar, 53, berkata dia dan isteri Luna Luwa, 52, yang berketurunan Bidayuh memilih tempat itu untuk berbelanja barangan keperluan Deepavali mereka setiap tahun.

“Saya dan isteri juga akan berbelanja di sekitar kawasan lain di Kuala Lumpur dan Selangor bagi mendapatkan barangan dengan harga yang munasabah,“ katanya kepada Bernama.

Di NEGERI SEMBILAN, tinjauan Bernama mendapati Little India di Jalan Yam Tuan di Seremban kelihatan meriah dengan aktiviti jualan keperluan perayaan seperti makanan, barang perhiasan, bunga dan pakaian dengan pelbagai harga menarik ditawarkan kepada pelanggan.

Peniaga S. Nagaranee, 62, dari Rasah berkata sudah menjadi rutin beliau dan suami menjual bunga segar di kaki lima di kawasan berkenaan setiap kali menjelang perayaan Deepavali sejak 10 tahun lepas.

“Saya hanya berniaga dua hari sebelum Deepavali, jadi kami sudah ada pelanggan tetap dan boleh dikatakan bunga akan habis terjual,” katanya.

Di KUALA LUMPUR, suasana Little India di Brickfields kelihatan sedikit lengang berkemungkinan orang ramai sudah membuat persiapan awal dan memilih platform e-dagang untuk membeli-belah, namun aktiviti jual beli dilihat rancak apabila ada penganut yang membuat persiapan pada saat akhir.

Peniaga T. Vimalraj, 24, berkata jualan muruku yang diusahakannya agak berkurangan berbanding sebelum ini, tetapi masih ada pelanggan setia yang berkunjung dan membeli kuih tradisional itu di kedainya.

“Tahun lepas, hampir setiap hari saya akan menambah bekalan stok muruku bagi menampung permintaan pelanggan yang tinggi, berbeza sedikit pada tahun ini,“ katanya kepada Bernama.

Di PULAU PINANG, tinjauan Bernama di sekitar Jalan Kampung Benggali di Butterworth mendapati rata-rata pengunjung sibuk mencari barangan perhiasan selain pakaian dan kuih-muih.

Biarpun meriah, peniaga yang ditemui mengakui jualan mereka sedikit menurun tahun ini berikutan persaingan daripada peniaga dalam talian.

Peniaga pakaian, R. Tamil Arisee, 64, mengakui kemunculan perkhidmatan jualan dalam talian sedikit sebanyak menjejaskan perniagaan yang diusahakannya sejak 15 tahun lepas, namun bersyukur kerana mempunyai pelanggan tetap yang akan membeli dari premisnya setiap tahun.

“Semua pakaian yang dijual di premis ini berkualiti tinggi dan diimport dari utara dan selatan India selain Pakistan, jadi pelanggan yang sudah tahu pasti akan datang ke sini untuk membeli,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings