the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

DNB, Cybersecurity di bawah Kementerian Digital

PUTRAJAYA: Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini memutuskan Digital Nasional Bhd (DNB) dan Cybersecurity Malaysia (CSM) diletakkan di bawah Kementerian Digital, kata Jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil (gambar).

Turut diletakkan di bawah Kementerian Digital ialah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), manakala Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kekal bersama Kementerian Komunikasi.

“Sebelum ini Cybersecurity diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM), tetapi Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) setuju bahawa aspek korporat dan kerja-kerja berkaitan swasta sesuai di bawah Kementerian Digital,“ katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata MIMOS Bhd yang berada di bawah JPM akan dikembalikan kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Bagaimanapun katanya fungsi Digital ID yang dipelopori MIMOS melalui inisiatif Pelan Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDigital) kekal sementara waktu di JPM, dan selepas dilaksanakan sepenuhnya bermula Mac ini, sistem itu akan dikelola Kementerian Digital.

Bagi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang sebelum ini di bawah Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), ia akan diletakkan di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam yang diterajui Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) akan kekal dengan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

Perpindahan agensi-agensi itu adalah susulan rombakan Kabinet pada 12 Dis lepas.

Fahmi berkata Perdana Menteri turut bersetuju untuk membincangkan semula kedudukan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra).

Beliau berkata perbincangan akan diadakan selepas Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang mendapat maklum balas daripada orang ramai dan pihak berkepentingan.

Pada 23 Dis lepas, Anwar mengumumkan Mitra akan diletakkan semula di bawah Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dan memberi jaminan bahawa beliau akan sentiasa memantau unit khas itu yang bertanggungjawab dalam menangani isu pembangunan sosioekonomi masyarakat India di negara ini.

Mitra pada asalnya dikenali sebagai unit khas Pembangunan Sosioekonomi Komuniti India (SEDIC) yang ditubuhkan pada 2014 sebelum dijenamakan semula sebagai Mitra pada 2018. Ia diletakkan di bawah KPN namun pada September 2022 ia dipindahkan di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri (JPM). -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

PM Anwar urges support for Malaysian Muay Thai title bid

KUALA LUMPUR, July 22 (Bernama) -- Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim has called on Malaysians to rally behind national Muay Thai athlete Ahmad Nor Iman Aliff Rakib as he prepares to challenge for the ONE Interim Strawweight Muay Thai World Championship this Friday.In a Facebook post today, Anwar said Ahmad Nor Iman Aliff has the opportunity to make history as the first Malaysian combat sports athlete to qualify for a shot at the world title."Let us all give our full support to Ahmad Nor Iman Aliff Rakib, who will be competing for the ONE Interim Strawweight Muay Thai World Championship this Friday."May you continue to raise Malaysia's name on the world stage and inspire the younger generation to achieve success at the highest level," he said.Ahmad Nor Iman Aliff will face Thai Muay Thai legend Sam-A Gaiyanghadao for the title at Lumpinee Stadium in Bangkok.

2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival Held in Binzhou

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 18, the 2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival was held at the Yellow River Delta Trading Center in Binzhou.

Befar Group Achieves Mass Production of 6N-Grade High-Purity Hydrogen Fluoride

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 19, Shandong's Befar Group achieved a technological breakthrough in four key areas of process, engineering, testing, and filling to bring its high-purity hydrogen fluoride (HF) for semiconductor applications to the 6N grade (99.9999%).

Shopee Launches #MyShopeeJingle Competition with S$10,000 Cash Prize and Opportunity to Create Its Next...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Shopee today launched #MyShopeeJingle, a nationwide competition inviting tertiary students across Singapore to create the next soundtrack for Shopee's iconic 12.12 campaign.

Freshening Leverages Shopee’s Integrated Solutions to Scale Consumer Brand Zappy

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - As more established Singapore businesses adapt to changing consumer shopping habits, Shopee is helping manufacturers strengthen direct relationships with consumers through e-commerce, enabling traditionally B2B businesses to build recognised consumer brands and drive long-term growth.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings