the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dua lelaki ditemukan lemas di Sungai Kaiduan, Papar

KOTA KINABALU: Dua lelaki termasuk seorang remaja ditemukan lemas di Sungai Kaiduan, Papar pada pukul 5.49 petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Hamsa Isnurdini berkata mangsa dikenali sebagai Maxemanual Jurus, 18, dan Elvin Shane Surazal, 14, dipercayai lemas semasa mandi-manda di sungai itu.

“Balai Bomba dan Penyelamat Papar menerima panggilan mengenai kejadian itu pukul 4.42 petang sebelum bergerak ke lokasi kejadian sejauh 30 kilometer,“ katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Hamsa berkata kedua-dua mangsa sebelum itu diselamatkan oleh orang awam dan diberi rawatan awal bantuan pernafasan (CPR), bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di tempat kejadian.

Beliau berkata Komander Operasi Rozlan Osman melaporkan pasukan EMRS serta pegawai perubatan juga bertindak memberi rawatan CPR, namun mangsa gagal diselamatkan.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings