the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dua lelaki maut dihempap pokok tumbang di Ampang

KUALA LUMPUR: Dua lelaki maut dihempap pokok tumbang di Jalan Bukit Belacan Kampung Lembah Jaya Utara, Ampang, di sini, hari ini.

Mangsa yang meninggal ialah pemandu kereta dikenali sebagai Radin Abd Kharim Radin Mamfudz, 64, dan penunggang motosikal Muhammad Hisyammuddin Ahmad Syakif berusia 23 tahun.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata polis menerima maklumat berkaitan satu kejadian pokok tumbang yamg menghempap sebuah kereta dan sebuah motosikal di jalan berkenaan, pada 3.51 petang tadi.

Beliau berkata pemandu kereta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala penunggang motosikal meninggal dunia di Hospital Ampang.

“Ketika ini bantuan oleh pasukan bomba dan Angkatan Pertahanan Awam untuk kerja-kerja membersihkan kawasan kejadian, sedang giat dilakukan.

“Mayat kedua-dua lelaki itu dibawa ke hospital berkenaan untuk dibedah siasat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kejadian berlaku sewaktu hujan lebat di kawasan itu. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings