the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dua PPS dinaiki air, 447 mangsa dipindahkan ke PPS baharu

KUALA BERANG: Sebanyak 447 mangsa dari dua pusat pemindahan sementara (PPS) di sini terpaksa dipindahkan ke PPS lain.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu Hassan ‘As’ari Omar berkata pemindahan itu melibatkan 146 mangsa dari PPS di Kampung Batu 23 ke Sekolah Kebangsaan Kuala Berang.

Sejumlah 301 mangsa di PPS Projek Penyusunan Semula Kampung (PPSK) Kampung Gunong Menerong pula dipindahkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Menerong.

“Pemindahan ini dibuat awal pagi tadi hasil kerjasama semua agensi yang terlibat kerana dua PPS berkenaan telah dinaiki air.

“Setakat ini, hanya dua PPS ini di dalam daerah Hulu Terengganu yang terpaksa ditutup dan dipindahkan mangsanya. Di daerah lain belum lagi,“ katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan banjir di bandar Kuala Berang di sini hari ini.

Hassan ‘As’ari berkata pemantauan pihaknya juga mendapati paras air di hulu kawasan itu masih lagi tinggi dan arus deras sedang bergerak mengalir ke Kuala Berang atau terus ke Kuala Terengganu.

Untuk rekod, hanya Kuala Terengganu daripada keseluruhan lapan daerah di negeri ini yang belum terjejas banjir gelombang ketiga yang kini mencatatkan bilangan mangsa sebanyak 10,283 orang setakat 2 petang tadi.

Selain itu, beliau berkata trend paras air di sungai utama di daerah Besut dan Setiu kini semakin menurun, manakala di Kemaman melihatkan peningkatan paras air susulan aliran air yang agak deras dari kawasan hulu.

“Justeru, saya nasihati mereka yang tinggal di kawasan rendah atau yang memang dah ada pengalaman berdepan banjir sebelum ini untuk terus berwaspada dan bersiap sedia untuk berpindah ke PPS,“ katanya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival Held in Binzhou

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 18, the 2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival was held at the Yellow River Delta Trading Center in Binzhou.

Befar Group Achieves Mass Production of 6N-Grade High-Purity Hydrogen Fluoride

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 19, Shandong's Befar Group achieved a technological breakthrough in four key areas of process, engineering, testing, and filling to bring its high-purity hydrogen fluoride (HF) for semiconductor applications to the 6N grade (99.9999%).

Shopee Launches #MyShopeeJingle Competition with S$10,000 Cash Prize and Opportunity to Create Its Next...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Shopee today launched #MyShopeeJingle, a nationwide competition inviting tertiary students across Singapore to create the next soundtrack for Shopee's iconic 12.12 campaign.

Freshening Leverages Shopee’s Integrated Solutions to Scale Consumer Brand Zappy

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - As more established Singapore businesses adapt to changing consumer shopping habits, Shopee is helping manufacturers strengthen direct relationships with consumers through e-commerce, enabling traditionally B2B businesses to build recognised consumer brands and drive long-term growth.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings