the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dua premis dikompaun jual ID judi

KOTA BHARU: Dua premis perniagaan di sini dikenakan kompaun oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) semalam selepas didapati menjual kad tambah nilai atau ID judi dalam talian.

Yang Dipertua MPKB-BRI Mohd Anis Hussein berkata dua premis itu terdiri daripada sebuah kedai runcit di Kampung Desa Rahmat yang diusahakan lelaki warga Indonesia berusia 27 tahun manakala sebuah lagi ialah kedai aksesori telefon milik wanita berusia 25 tahun di Kampung Mentuan.

Beliau berkata dalam operasi bersepadu itu pihaknya telah menyamar sebagai orang awam untuk membeli ID judi di premis Kampung Desa Rahmat sebelum berjaya membongkar aktiviti haram itu kira-kira 11.30 malam semalam.

“Pemilik premis awalnya teragak-agak untuk menjualnya dengan menanyakan beberapa soalan kerana pelanggan tetap mereka mempunyai nombor kod tertentu untuk membeli ID judi di kedai berkenaan,“ katanya dalam sidang media di Pejabat MPKB-BRI, di sini hari ini.

Mohd Anis berkata premis kedua menggunakan modus operandi sama dan pihaknya turut menyita sebuah telefon bimbit.

“Kita mahu memberi amaran agar sindiket seperti ini segera menghentikan kegiatan masing-masing kerana mereka akan berdepan tindakan tegas daripada pihak berkuasa,“ katanya.

Dalam operasi sama katanya empat pengemis termasuk seorang warga Thailand ditahan selain sebuah premis makanan di Kampung Wakaf Stan dikenakan kompaun di bawah kesalahan Seksyen 107 (2) Akta Kerajaan Tempatan kerana memulakan perniagaan seawal 12 tengah hari pada bulan Ramadan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Hong Kong Disneyland Continues to Enhance Guest Experience Through Flexible Weather Adaptation Measures

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - As Hong Kong's summer weather becomes increasingly unpredictable, with periods of extreme heat, high humidity, and occasional rain showers and thunderstorms, Hong Kong Disneyland Resort (HKDL) continues to enhance its facilities and operations to better support guests and cast members throughout the season.

Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) Announces Tender Sale of Optical Inventory Located...

SHENZHEN, CHINA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) is inviting expressions of interest from optical retailers, distributors, wholesalers, exporters, and trade buyers for the acquisition of its inventory through a tender sale process.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings