the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Anwar Ibrahim bincang perkukuh ummah dengan Majlis Islam Ethiopia

Perdana Menteri Malaysia bertemu Majlis Tertinggi Hal Ehwal Islam Ethiopia bincang perkukuh pembangunan ummah, tangani Islamofobia

ADDIS ABABA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Majlis Tertinggi Hal Ehwal Islam Ethiopia bagi membincangkan usaha memperkukuh pembangunan ummah.

Beliau berkata pertemuan itu membuka ruang untuk kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai kaedah menangani isu Islamofobia.

“Kami membincangkan pendekatan penuh kebijaksanaan, hikmah serta kelembutan berlandaskan nilai belas ihsan, kemanusiaan dan empati,” katanya dalam kenyataan selepas menerima kunjungan hormat majlis berkenaan.

Anwar menyatakan rasa hormat terhadap suasana harmoni antara Islam, Kristian dan pelbagai agama di Ethiopia.

Beliau menegaskan Malaysia konsisten dalam mengangkat martabat Islam sebagai agama yang membawa kesejahteraan dan toleransi.

“Kami akan terus bekerjasama erat dengan komuniti Islam di Ethiopia melalui pendidikan, dakwah berhemah dan dialog antara peradaban,” katanya.

Sebagai tanda ukhuwah, Anwar menyerahkan sumbangan kepada komuniti Islam setempat termasuk senaskhah al-Quran edisi khas beserta rehal.

Beliau turut menghadiahkan empat kotak al-Quran terjemahan Bahasa Inggeris dan bertajwid sebagai simbol penyebaran ilmu.

Perdana Menteri tiba di Addis Ababa pada 18 November untuk lawatan rasmi ke Ethiopia dengan diiringi beberapa menteri dan delegasi perniagaan.

Lawatan tiga hari ini merupakan yang pertama bagi Perdana Menteri Malaysia ke negara tersebut.

Ia juga lawatan balas susulan kunjungan rasmi Perdana Menteri Ethiopia Dr Abiy Ahmed Ali ke Malaysia pada Oktober tahun lepas.

Pertemuan dengan Majlis Tertinggi Hal Ehwal Islam Ethiopia adalah agenda terakhir Anwar di Ethiopia.

Dari Addis Ababa, beliau akan ke Johannesburg bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin G20.

Selepas itu, Perdana Menteri akan meneruskan lawatan ke Nairobi sebelum pulang ke tanah air. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings