the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, February 8, 2026
20.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Kematian dalam tahanan ICE AS catat rekod tertinggi dalam 20 tahun

32 kematian direkodkan dalam tahanan Jabatan Imigresen dan Kastam AS pada 2025, tertinggi sejak 20 tahun, ketika jumlah tahanan meningkat.

WASHINGTON: Jumlah kematian dalam tahanan Jabatan Imigresen dan Kastam Amerika Syarikat (ICE) mencecah 32 orang pada 2025.

Angka itu merupakan yang tertinggi dalam tempoh 20 tahun, menurut laporan The Guardian.

Mereka yang meninggal dunia termasuk pelarian baru dan individu yang sudah lama berada di AS.

BACA: Amerika Syarikat mulakan tapisan tambahan terhadap pemohon visa ke Harvard

Sebahagian ditahan atas pertuduhan jenayah atau selepas menjalani hukuman, manakala yang lain ditahan dalam serbuan besar-besaran.

Punca kematian merangkumi masalah perubatan seperti sawan, kegagalan jantung, strok dan batuk kering.

Beberapa kes juga melibatkan bunuh diri, menurut laporan tersebut.

Dalam beberapa kes, keluarga dan peguam mendakwa pengabaian serta penafian rawatan menyumbang kepada kematian.

Media tempatan melaporkan beberapa individu telah meninggal dunia dalam tahanan pada awal 2026.

Peningkatan kematian berlaku ketika pentadbiran Trump meningkatkan jumlah tahanan ke paras tertinggi.

Data ICE menunjukkan lebih 68,000 orang dewasa berada dalam tahanan pada akhir Disember 2025.

Jumlah itu meningkat daripada sekitar 36,000 pada Disember 2023. – Bernama-Xinhua

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories