the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dzulkefly: Pendigitalan penjagaan kesihatan, pembaharuan pembiayaan jadi keutamaan KKM

KUALA LUMPUR: Pendigitalan penjagaan kesihatan, bersama-sama dengan pembaharuan pembiayaan kekal menjadi keutamaan Kementerian Kesihatan (KKM) bertujuan mengukuhkan dan meningkatkan sistem penjagaan kesihatan di seluruh negara.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata kementerian komited untuk memupuk inovasi dalam penjagaan kesihatan, dan mewujudkan satu laluan untuk memudahkan industri kesihatan dalam menghasilkan teknologi bernilai tinggi dalam pendekatan kolaboratif dengan pelbagai kementerian, yang kini dikendalikan oleh Bahagian Penilaian Teknologi Kesihatan Malaysia (MaHTAS).

Beliau berkata selain Rekod Perubatan Elektronik, terdapat banyak potensi produk dan perkhidmatan digital inovatif seperti penggunaan kecerdasan buatan (AI) untuk mentadbir penjadualan petugas dan pesakit, menguruskan penggunaan katil dan aliran pesakit, malah menyokong pembuatan keputusan operasi mereka.

“Bagi pihak pengguna, banyak penyedia perkhidmatan di negara – termasuk kemudahan kerajaan – telah menggalakkan pesakit untuk mengesan penyakit mereka menggunakan peranti perubatan khusus, sambil menawarkan pemantauan pesakit dari jauh, telekesihatan dan perkhidmatan perundingan maya.

“Selain peranti perubatan dan pendigitalan, kementerian juga menyasarkan untuk terus menggalakkan dan membangunkan industri farmaseutikal,“ katanya dalam ucapan ketika merasmikan pembukaan 24th Southeast Asian Healthcare and Pharma Show (SEACare) 2024 di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni.

Dzulkefly berkata pengeluaran farmaseutikal halal bukan sahaja untuk menampung keperluan tempatan, tetapi juga membuka pintu kepada pasaran global yang berkembang, berpotensi memberi perkhidmatan kepada 1.9 bilion pengguna Muslim di seluruh dunia.

Mengulas mengenai pameran yang dianjurkan oleh Qube Integrated (M) Sdn Bhd itu, Dzulkefly berkata SEACare berperanan sebagai platform berharga, memupuk pertukaran pengetahuan dan kemajuan industri sambil membolehkan pihak berkepentingan meneroka peluang inovatif yang merentasi sempadan.

“Kementerian Kesihatan berbangga menyaksikan SEACare semakin penting dan menjadi lebih signifikan kepada industri,“ katanya.

Pengerusi Eksekutif Qube Richard Teo dalam ucapannya berkata SEACare yang memudahkan pertemuan dan peluang rangkaian antara pempamer Malaysia dan pembeli asing, terbukti sangat membuahkan hasil.

“Sukacita saya maklumkan bahawa interaksi ini telah berjaya memupuk kerjasama perniagaan, menjana potensi jualan kira-kira RM30 juta pada hari pertama acara tiga hari itu yang bermula semalam.

“Hasil ini ialah bukti keberkesanan padanan strategik serta minat dan keyakinan yang ada pada pembeli antarabangsa terhadap produk dan inovasi Malaysia yang dipamerkan pada SEACare 2024. Saya yakin bahawa kita dapat melakar kejayaan pada akhir acara ini,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival Held in Binzhou

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 18, the 2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival was held at the Yellow River Delta Trading Center in Binzhou.

Befar Group Achieves Mass Production of 6N-Grade High-Purity Hydrogen Fluoride

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 19, Shandong's Befar Group achieved a technological breakthrough in four key areas of process, engineering, testing, and filling to bring its high-purity hydrogen fluoride (HF) for semiconductor applications to the 6N grade (99.9999%).

Shopee Launches #MyShopeeJingle Competition with S$10,000 Cash Prize and Opportunity to Create Its Next...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Shopee today launched #MyShopeeJingle, a nationwide competition inviting tertiary students across Singapore to create the next soundtrack for Shopee's iconic 12.12 campaign.

Freshening Leverages Shopee’s Integrated Solutions to Scale Consumer Brand Zappy

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - As more established Singapore businesses adapt to changing consumer shopping habits, Shopee is helping manufacturers strengthen direct relationships with consumers through e-commerce, enabling traditionally B2B businesses to build recognised consumer brands and drive long-term growth.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings