the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dzulkefly: Tiada laporan kes keracunan makanan di bazar Ramadan

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) tidak menerima sebarang laporan kes keracunan makanan di bazar Ramadan di seluruh negara setakat ini, kata Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata perkara itu adalah satu petanda baik memandangkan KKM telah melaksanakan 183 sesi taklimat kebersihan premis makanan dan pengendalian makanan yang selamat kepada pemilik gerai sebelum Ramadan lagi.

Beliau berkata taklimat yang bermula sejak awal Febuari itu melibatkan 70,334 pemilik gerai di 1,299 tapak bazar Ramadan yang dikenal pasti di seluruh negara pada tahun ini.

“Itu (tiada laporan keracunan makanan) petanda baik kerana sejak Februari lagi kita telah mulakan kesiapsiagaan, kita telah mula sesi penerangan dan latihan buat pemilik serta pengendali makanan,” katanya.

Dr Dzulkelfy berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Ops Kebersihan dan Keselamatan Makanan Bazar Ramadan 2024 di sini hari ini.

Beliau berkata sebelum Ramadan, KKM juga telah memeriksa 324 premis penyediaan makanan termasuk kilang ais di semua negeri.

“Pemeriksaan premis makanan itu juga meliputi premis yang menyediakan bufet berbuka puasa seperti restoran dan hotel.

“Pemantauan secara sistematik di sepanjang rantaian makanan ini meliputi pemeriksaan premis pembekal bahan mentah termasuk kilang ais dan premis penyediaan makanan bagi peniaga yang telah dilesenkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya.

Sementara itu Dr Dzulkefly berkata KKM meneruskan penggunaan kod QR bagi maklum balas kebersihan dan keselamatan makanan di Bazar Ramadan Putrajaya tahun ini.

“Ia bagi memudahkan pengguna menyalurkan sebarang aduan berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan di bazar sekitar Putrajaya.

“KKM ingin menegaskan kepada peniaga agar memandang serius aspek kebersihan dan keselamatan makanan serta bekerjasama memastikan makanan yang dijual adalah selamat dan berkualiti untuk semua,” katanya.

Mengenai laporan makanan mengandungi telur lalat di bazar Ramadan di Melaka, beliau berkata KKM akan menjalankan siasatan mengenai perkara itu.

“Kita pasti membuat siasatan dan mengharapkan laporan mana-mana pihak, KKM pasti ambil tindakan,” katanya.

Semalam, media tempatan melaporkan seorang wanita meluahkan kekecewaan apabila mendakwa sup daging yang dibelinya di sebuah bazar Ramadan Semabok, Melaka, mengandungi telur lalat. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings