the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Exco: PPD di Johor diarah pastikan tiada pelajar tercicir pada sesi baharu persekolahan

JOHOR BAHRU: Semua Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Johor diarahkan untuk memastikan tiada pelajar yang tercicir pada sesi persekolahan baharu, yang akan bermula minggu hadapan.

Pengerusi Pendidikan dan Penerangan Johor Aznan Tamin (gambar) berkata langkah itu perlu dilakukan, bagi memastikan anak-anak daripada setiap golongan termasuk yang dari keluarga kurang berkemampuan tidak ketinggalan dan dapat meneruskan persekolahan.

Beliau berkata perkara berkenaan sejajar dengan titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang mahu melihat pendidikan anak Bangsa Johor dipertingkat dan tiada keciciran berlaku dalam kalangan anak Bangsa Johor.

“Saya harap dalam minggu ini, persediaan di peringkat jabatan semua telah bersiap sedia untuk menerima pelajar pada awal persekolahan ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Nota Persefahaman (NoU) UDA Holdings Bhd (UDA) dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor di sini hari ini.

Turut hadir Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UDA Datuk Sr Mohd Salem Kailany serta Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor Mohd Hanafi Samad.

Sebelum ini kerajaan negeri telah memperuntukkan RM2.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Murid Johor, sebagai bantuan awal persekolahan yang mampu memanfaatkan 11,200 murid bagi membantu meringankan beban ibu bapa kurang berkemampuan.

Peruntukan sebanyak RM50,000 juga sudah disalurkan ke setiap 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), bagi membantu pelajar daripada golongan kurang berkemampuan dan asnaf membeli kelengkapan persekolahan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata JPNJ diminta untuk memantau segala video tular di media sosial membabitkan institusi pendidikan, terutama pelajar dan guru negeri ini.

Aznan berkata ia bagi mengekang penularan maklumat tidak tepat disebarkan, sehingga institusi pendidikan menjadi tohmahan masyarakat.

Beliau berkata ini termasuk penyebaran maklumat tidak tepat di media sosial membabitkan sekolah, guru dan pelajar.

“Perlu ada pelan atau langkah bagi menangani penularan di media sosial membabitkan institusi sekolah, kerana seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, saya tidak mahu penyebaran maklumat tidak tepat di media sosial,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings