the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
31.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Fadillah: Perbelanjaan bagi pengambilan makanan Muslim Global cecah US$1.3t pada 2024

KUCHING: Perbelanjaan bagi pengambilan makanan Muslim global diunjurkan mencecah US$1.38 trilion pada 2024, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof (gambar).

Beliau berkata golongan muda yang akan membentuk 60 peratus daripada dua bilion penduduk Islam dunia pada 2030 telah mempengaruhi lonjakan pengambilan itu.

“Mereka memacu revolusi dengan halal menjadi sinonim kepada kesihatan, kebersihan dan pengawasan beretika,” katanya ketika berucap di Forum Perniagaan Muslim Global 2023 di sini, pada Rabu.

Beliau berkata kerajaan mengenal pasti nilai intrinsik pensijilan halal untuk memastikan barangan pengguna seperti farmaseutikal, nutraseutikal, kosmetik dan makanan memenuhi standard halal tertinggi.

Fadillah berkata komitmen itu telah menggalakkan peserta utama dalam sektor barangan pengguna untuk melabur untuk barisan pengeluaran halal, sekali gus memastikan produk Malaysia dipercayai di persada global.

“Memandangkan generasi muda semakin mementingkan alam sekitar, kita melihat peningkatan permintaan terhadap produk berasaskan tumbuhan dan makanan sihat serta tawaran yang diperakui halal sedang berkembang pesat,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

TCL Supports “2026 Olympic Day cum Aichi-Nagoya Asian Games Fun Run”, Celebrating the Olympic...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 28 June 2026 - TCL, as a Worldwide Olympic Partner, proudly supported the "2026 Olympic Day cum Aichi-Nagoya Asian Games Fun Run", organised by the Sports Federation & Olympic Committee of Hong Kong, China, joining more than 2,500 members of the public and athletes in celebrating International Olympic Day and showing support for Hong Kong athletes competing in the Asian Games.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings