the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Fahmi: Draf RUU Majlis Media Malaysia dibawa ke Parlimen Jun depan

PUTRAJAYA: Draf Rang Undang-undang (RUU) Majlis Media Malaysia akan dibentangkan di sidang Parlimen pada Jun depan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil (gambar).

Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata draf RU berkenaan sedang disiapkan Jabatan Peguam Negara dan akan dibawa ke Jemaah Menteri untuk kelulusan, sebelum dibentangkan di Parlimen.

“Ini penting kerana mengikut sejarahnya, dasar mengenai pembentukan penggubalan Akta Majlis Media Malaysia telah dimasukkan pada 2019, tetapi memandangkan ada sejumlah perubahan kerajaan dan setelah terbentuknya Parlimen Ke-15 dan Kerajaan MADANI sekarang, maka kita perlu ada penyelarasan beberapa perkara dasar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pasca Mesyuarat Kabinet di Kementerian Komunikasi di sini hari ini.

Ditanya sama ada Majlis Media Malaysia akan menggunakan kod etika wartawan yang berasingan daripada Kod Etika Wartawan Malaysia oleh Jabatan Penerangan (JaPen), Fahmi berkata perkara itu tertakluk kepada keputusan majlis tersebut.

“Sekiranya Majlis Media Malaysia pada satu ketika ingin membentuk atau mengguna pakai kod etika ini atau kod etika baru, itu terpulang kepada mereka.

“Ini kerana JaPen akan menggunakan kod etika ini dalam konteks memberi atau menarik balik kad perakuan media. Kad perakuan media tidak diberikan oleh Majlis Media,” katanya.

Fahmi berkata kod etika JaPen merupakan versi baharu yang diteliti semula oleh JaPen, untuk menggantikan kod yang telah diguna pakai sejak 35 tahun lepas. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malaysian unit trust industry expands

The assets under management (AUM) of unit trust companies in Malaysia increased by approximately RM27 billion, or 6%, to RM569.79 billion as of June 2025, driven by market and currency appreciation.

Healthcare sector to record 12% growth towards 2030

Malaysia’s healthcare sector is projected to record around 12% growth towards 2030, driven by an ageing population, rising chronic diseases, expanding private healthcare services, medical tourism and digital health adoption, according to Frost & Sullivan.

U Mobile completes transition to its own nationwide 5G network

Following its exit from the wholesale access agreement with Digital Nasional Bhd (DNB), U Mobile has successfully completed the migration to its own nationwide ULTRA5G network.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings