the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Fahmi: Google nyahaktif paparan tukaran wang RM, selesai aspek teknikal

KUALA LUMPUR: Tindakan Google menyahaktifkan ciri-ciri termasuk graf pertukaran nilai mata wang Ringgit Malaysia (RM) di enjin cariannya buat sementara waktu adalah bagi menyelesaikan beberapa aspek teknikal, dan bukan arahan mana-mana pihak.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil (gambar) berkata beliau dimaklumkan oleh pihak Google tindakan itu diambil selepas mengadakan perbincangan dengan Bank Negara Malaysia (BNM), bagi memastikan tidak lagi berlaku kesilapan paparan pertukaran nilai wang RM pada masa hadapan.

Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata beliau sendiri telah berhubung dengan pihak Google untuk memastikan perkara berkenaan.

“Saya dimaklumkan ia (paparan tukaran RM) akan diadakan semula apabila segala proses berkaitan yang diambil Google itu selesai. Jadi saya tidak mahu mana-mana pihak fitnah, tohmah kononnya tindakan Google itu arahan pihak tertentu,” katanya dalam sidang media di Angkasapuri hari ini.

Google telah dua kali melakukan kesilapan dalam menerbitkan data kadar pertukaran RM pada tahun ini, masing-masing pada 6 Feb dan 15 Mac sehingga menimbulkan pertikaian di media sosial. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Hong Kong Disneyland Continues to Enhance Guest Experience Through Flexible Weather Adaptation Measures

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - As Hong Kong's summer weather becomes increasingly unpredictable, with periods of extreme heat, high humidity, and occasional rain showers and thunderstorms, Hong Kong Disneyland Resort (HKDL) continues to enhance its facilities and operations to better support guests and cast members throughout the season.

Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) Announces Tender Sale of Optical Inventory Located...

SHENZHEN, CHINA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) is inviting expressions of interest from optical retailers, distributors, wholesalers, exporters, and trade buyers for the acquisition of its inventory through a tender sale process.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings