the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Fahmi: Program Jualan Termurah Khidmat Demi Rakyat dijangka diperluas seluruh Parlimen

KUALA LUMPUR: Program Jualan Termurah, Khidmat Demi Rakyat, yang menawarkan harga barangan basah dan kering pada harga lebih murah berbanding harga pasaran, dijangka akan diperluaskan bagi memenuhi permintaan, sekali gus membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil (gambar) berkata program itu, boleh diadakan secara strategik iaitu pada waktu tertentu seperti di tengah bulan atau sewaktu menunggu hari gaji.

“Sebenarnya program ini telah diusahakan oleh Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal sejak beberapa tahun lalu di kawasannya, saya tertarik dengan konsepnya yang menawarkan barang keperluan harian dan barang segar pada harga 30 hingga 50 peratus lebih rendah, untuk bantu kurangkan kos sara hidup rakyat terutamanya B40.

“Jadi apa kita adakan hari ini ialah untuk percubaan dan pembuktian konsep, yang saya akan panjangkan dan cadangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagaimana untuk kita laksanakan di kawasan Parlimen lain terutamanya dalam mengawal kos harga barang dan membantu kurangkan kos sara hidup,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau Program Jualan Termurah, Berkhidmat Untuk Rakyat di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi hari ini, anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Fahmi yang juga merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata program itu juga boleh menjadi nilai tambah kepada Program Jualan Rahmah (PJR), anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

“Kita bukan untuk bertanding dengan pasar raya, tetapi ia lebih kepada untuk membantu secara berkala. PJR juga telah beberapa kali kita adakan di Lembah Pantai ini tetapi ia ada pengiliran, jadi untuk menampung keperluan dan permintaan, program ini amat membantu.

“Melalui program seperti ini juga, kita boleh lihat kos rantaian bekalan juga dapat dikawal bagi memastikan manfaatnya terus dinikmati rakyat… macam hari ini ikan-ikan segar semua kita ambil terus dari kapal,” katanya.

Dalam pada itu, Fahmi berkata dalam memaksimumkan kehadiran dan komuniti yang mendapat manfaat daripada program ini, pemilihan lokasi sangat penting.

“Macam kawasan ini kita ada beberapa PPR, flat kos rendah dan kuarters kerajaan, jadi dia memang kawasan tumpuan dan lokasi yang strategik untuk diadakan program seperti ini, agar lebih ramai yang akan dapat manfaatnya,” katanya.

Sementara itu, Jemiah Othman, 64, berkata beliau teruja untuk mendapatkan barangan basah pada program hari ini, memandangkan ia merupakan pertama kali diadakan di kawasan perumahannya.

“Saya rasa memang bagus buat program macam di kawasan perumahan, sebab dapat memudahkan orang ramai terutamanya warga emas mendapatkan barang basah yang murah… tidak perlu pergi jauh-jauh.

“Harga yang ditawarkan pun lebih murah, udang, sotong dan ikan siakap memang dijual pada harga yang murah dari kedai biasa, saya beli barangan yang harganya memang murah,” katanya.

Program sehari bermula 8 pagi hingga 11 pagi itu, menawarkan barangan basah seperti ikan, ayam, sotong, udang dan barangan kering termasuk beras dan gula. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings