the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Hajiji: Kemasukan percuma visa 30 hari selari pelan pelancongan Sabah

KOTA KINABALU: Keputusan kerajaan Persekutuan memberikan kemasukan tanpa visa selama 30 hari ke Malaysia dari China dan India bermula 1 Dis ini, bertepatan dengan sasaran Sabah untuk mencapai 2.2 juta ketibaan pelancong tahun ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, dalam menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, berkata setakat ini Sabah telah pun mencapai 85.6 peratus daripada sasaran itu.

“…apabila keadaan kembali normal untuk industri pelancongan, kerajaan negeri telah melancarkan kempen pemulihan pelancongan untuk menarik pelancong datang semula ke Sabah.

“Setakat ini, Sabah telah mempunyai rangkaian hubungan dengan lapan bandar utama China iaitu Beijing, Shanghai, Shenzen, Guangzhou, Hangzhou, Wuhan, Macau dan Hong Kong dengan 63 penerbangan setiap minggu dan kapasiti tempat duduk sebanyak 11,360,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Anwar berkata kerajaan akan memberikan kemasukan tanpa visa selama 30 hari untuk warganegara China dan India mulai 1 Dis, sebagai sebahagian daripada sambutan 50 tahun kerjasama strategik antara Malaysia dan China tahun depan.

Hajiji berkata rekod dari Januari hingga September tahun ini menunjukkan jumlah ketibaan pelancong dari China ialah 45,801 orang berbanding 2,734 orang bagi tempoh sama tahun lepas.

Bagi ketibaan warga India ke Sabah, terdapat trend peningkatan dengan 4,176 ketibaan hingga September tahun ini, berbanding 2,734 bagi tempoh sama tahun lepas.

Menurut Hajiji, pengenalan dasar kemasukan tanpa visa selama 30 hari untuk pelawat dari dua negara paling ramai penduduk di dunia itu, akan membantu mempercepatkan proses pemulihan sektor pelancongan.

“Kami berharap lebih banyak ketersambungan udara untuk meningkatkan kedatangan pengunjung di Sabah,“ kata Hajiji. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Norway files formal FIFA complaint over Balogun ban

Norway’s football chief says they will seek board backing to lodge a formal complaint with FIFA’s ethics committee over the suspension of Folarin Balogun’s World Cup ban.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings