the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Hakim: Pendakwaan kemukakan dua naratif berbeza dalam perbicaraan kes

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes rasuah bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad membabitkan amaun RM3 juta dalam pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak, telah mengemukakan dua naratif berbeza dalam kes mereka.

Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera yang mengetuai panel tiga hakim yang bersidang hari ini ketika membacakan penghakiman itu berkata dalam pertuduhan dan kenyataan pembukaan dinyatakan bahawa suapan adalah ganjaran untuk membantu meluluskan pembelian MPHS dan dalam perjalanan perbicaraan naratif itu diubah kepada dorongan supaya Mohd Isa tidak campur tangan dalam kontrak pembelian MPHS.

“Kemudian muncul persoalan mengenai elemen mana daripada Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang digunakan hakim perbicaraan untuk menentukan sama ada kes prima facie telah dibuktikan terhadap perayu. Adakah ia satu daripada suapan atau satu daripada dorongan?

“Pendakwaan tidak boleh menukar peraturan di tengah-tengah perbicaraan. Mereka perlu menepati butiran pertuduhan yang dikemukakan. Pertuduhan pernah diubah sekali tetapi alasan untuk suapan yang dinyatakan dalam pertuduhan asal kekal sama dalam pertuduhan pindaan, dan ia merupakan sebagai ganjaran untuk perayu dalam membantu mendapatkan kelulusan bagi pembelian bangunan itu dan bukannya perasaan takut bahawa perayu akan merosakkan rancangan itu ,” katanya.

Beliau selanjutnya berkata seperti yang diketahui umum perayu mesti mendapat pemakluman yang mencukupi dalam perkara yang didakwa terhadapnya atau sebaliknya beliau akan menghadapi prejudis dalam pembelaan.

Selain daripada Vazeer Alam, dua lagi hakim yang menganggotai panel itu ialah Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim and Datuk S.M.Komathy Suppiah.

“Selanjutnya apabila dua versi bercanggah dalam kes pendakwaan diajukan mengenai tujuan sebenar suapan, kekaburan yang muncul perlu diselesaikan memihak kepada perayu,” kata hakim itu.

Vazeer Alam juga berhujah tiada bukti boleh dipercayai menunjukkan perayu mengarahkan bekas pegawai khasnya Muhammad Zahid Md Arip untuk meminta wang daripada bekas ahli lembaga pengarah syarikat pemaju hartanah Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd Ikhwan Zaidel sebagai ganjaran untuk bantuan perayu mendapatkan kelulusan Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FICSB) bagi pembelian MPHS.

“Sekarang keputusan untuk membeli MPHS pada harga RM160 juta dibuat dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah FICSB ke-10 pada 29 April 2014. Bagaimanapun, menurut Muhammad Zahid permintaan untuk suapan daripada perayu dibuat selepas itu.

Jika itu benar maka tidak boleh dikatakan suapan itu adalah untuk membantu mendapatkan kelulusan FICSB, kerana peristiwa itu telah pun berlaku dan bantuan perayu tidak diperlukan lagi,” katanya.

“Kami mendapati hakim perbicaraan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali (kini Hakim Mahkamah Rayuan) sendiri telah tersalah arah apabila memutuskan bahawa kes prima facie telah dibuktikan berdasarkan bukti daripada Ikhwan bahawa kebimbangan dan katakutannya terhadap pengaruh perayu sebagai pengerusi dalam penyelesaian kontrak merupakan faktor mengapa beliau memberikan suapan yang memenuhi elemen pertuduhan di bawah Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009 apabila pertuduhan itu sendiri menetapkan suapan itu dibayar sebagai ganjaran untuk bantuan perayu mendapatkan kelulusan FICSB bagi pembelian MPHS,” katanya.

“Justeru kami mendapati secara keseluruhan sabitan terhadap semua pertuduhan adalah tidak selamat. Kami mendapati wujud merit dalam rayuan dan intervensi diperlukan. Maka rayuan terhadap sabitan dan hukuman kepada semua pertuduhan dibenarkan dan keputusan Mahkamah Tinggi diketepikan. Perayu dilepaskan dan dibebaskan,” katanya.

Pada 2018 Mohd Isa menghadapi sembilan pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM3.09 juta dalam bentuk tunai daripada Ikhwan Zaidel, yang merupakan Ahli Lembaga Pengarah Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd (GAPSB), menerusi bekas pegawai khasnya Muhammad Zahid Md Arip sebagai suapan untuk membantu meluluskan pembelian hotel itu oleh FICSB dengan harga RM160 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Tingkat 49 Menara Felda, Platinum Park, Persiaran KLCC, di sini antara 29 April, 2014 hingga 11 Dis, 2015 di bawah Seksyen 16(a) (A) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksiumum 20 tahun dan denda minimum lima kali nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings