the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Harith Haiqal berpeluang raih debut antarabangsa di Oman

SEPANG: Impian menjadi kenyataan buat pemain pertahanan muda Selangor FC Harith Haiqal Adam Afkar (gambar), selepas disenaraikan dalam skuad Harimau Malaya bagi menghadapi Oman pada aksi Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 di Muscat, minggu depan.

Ia menyaksikan pemain berusia 22 tahun itu, berpeluang meraih debut antarabangsa di peringkat senior, jika beliau diturunkan Ketua Jurulatih Kim Pan Gon pada pertembungan yang dijadual berlangsung di Kompleks Sukan Sultan Qaboos pada 22 Mac ini (2 pagi waktu Malaysia).

Kehadiran tonggak benteng pertahanan skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan itu dalam skuad kali ini, berkemungkinan dipengaruhi dengan ketiadaan Junior Eldstal yang merupakan antara dua pemain selain ketua pasukan Matthew Davies, yang terpaksa digugurkan saat akhir akibat kecederaan.

Namun, produk Akademi Bolasepak Mokhtar Dahari (AMD) itu yang tidak menyangka disenaraikan Pan Gon, berasa pemilihannya itu bukan hanya bersandarkan nasib.

“Saya rasa di mana-mana kita sebagai manusia perlukan faktor nasib, tetapi bukan sekadar nasib saya rasa ia (pemilihan) juga disebabkan rezeki. Saya sudah berusaha dan bermain untuk Selangor selama lima tahun dan ini kali pertama saya berada dalam senarai akhir. Saya sangat bersyukur dan bangga.

“Mungkin kalau Junior datang saya tiada (dalam pasukan) dan mungkin jika Junior ada saya pun ada sekali, saya tak tahu, tapi fokus saya ketika ini tertumpu untuk perlawanan dengan Oman,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 di sini, hari ini.

Skuad Harimau Malaya yang diperkuat seramai 24 pemain berlepas ke Muscat awal pagi tadi.

Sementara itu, Harith Haiqal percaya pengalaman bersama pasukan senior akan membantunya dan beberapa pemain skuad B-23 lain yang turut disenaraikan ke Muscat, bagi menghadapi saingan Piala Asia B-23 2024 di Doha, Qatar bermula April depan.

“Saya akan beri yang terbaik…tak kisah sama ada bersama skuad B-23 ataupun pasukan kebangsaan, saya akan sentiasa beri apa yang saya ada,” kata pemain berasal dari Klang itu sambil menyatakan barisan pemain senior banyak membantu pemain muda untuk menyesuaikan diri bersama pasukan.

Selepas menentang Oman di Muscat, Malaysia yang berada di ranking dunia ke-132 sekali lagi akan bertemu pasukan nombor 80 dunia itu, di Stadium Nasional di Bukit Jalil 26 Mac ini.

Kemudian, pasukan negara akan bertemu Kyrgyzstan di Bishkek pada 6 Jun dan menamatkan saingan kumpulan D menentang Taiwan di Bukit Jalil pada 11 Jun.

Malaysia kini menerajui saingan Kumpulan D dengan mengumpul enam mata, diikuti Oman kedua yang berkongsi tiga mata bersama Kyrgyzstan di tempat ketiga, manakala Taiwan tercorot tanpa sebarang mata. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Team Rey Young reach MWI 2026 quarterfinals on Esports World Cup debut in Paris

KUALA LUMPUR, July 22: Malaysia's Team Rey Young reached the quarterfinals of the Mobile Legends: Bang Bang Women's International 2026 (MWI) on their debut at the Esports World Cup (EWC) in Paris.The team secured a top-eight finish after progressing through Malaysia's domestic qualification pathway via the RedOne MLBB Ladies International Invitational.

Hariss Harun targets Singapore’s fifth Asean Hyundai Cup title as lions look to rise...

SINGAPORE, July 23: Singapore captain Hariss Harun believes the Lions are ready to challenge for a fifth ASEAN Hyundai Cup™ title as the tournament celebrates its 30th anniversary.Hariss, who has experienced Singapore's greatest triumphs and toughest periods over the past two decades, is preparing to play a leading role as the four-time champions begin their campaign in Group A.The Lions open their campaign against Cambodia at Morodok Techo National Stadium on Friday before hosting Timor-Leste at Jalan Besar Stadium next Monday.

Video of crocodile in Shah Alam river triggers concern, locals say reptile has been...

A video showing a crocodile swimming in a river in Shah Alam has sparked mixed reactions, with some residents expressing concern while others say the reptiles have long inhabited the area.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings