the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Hasil: Persekitaran Pengujian MyInvois kini boleh diakses

PUTRAJAYA: Syarikat rintis pelaksanaan e-Invois boleh mula mengakses Persekitaran Pengujian (Sandbox) MyInvois bermula hari ini, demikian menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).

Dalam satu kenyataan di sini, LHDN berkata akses bagi syarikat lain dan penyedia perkhidmatan pula akan dibuka pada 22 April.

Menurut agensi itu, langkah tersebut bagi membolehkan pembayar cukai dan penyedia perkhidmatan membuat pengujian integrasi antara sistem yang dibangunkan oleh pembayar cukai atau penyedia perkhidmatan dengan MyInvois melalui Application Programming Interface (API).

“Bagi mengakses sandbox berkenaan, pembayar cukai atau penyedia perkhidmatan perlu memohon Client ID dan Client Secret daripada pihak HASiL (LHDN) melalui e-mel [email protected].

“Pemohonan hendaklah disertakan dengan maklumat nombor pengenalan cukai (TIN), nombor pendaftaran perniagaan, nama syarikat, e-mel syarikat dan nama sistem Enterprise Resource Planning (ERP) yang digunakan,” demikian menurut kenyataan itu.

Maklumat lanjut berkaitan akses Sandbox MyInvois itu boleh dicapai menerusi Nota Penerangan di Software Development Kit (SDK) e-Invois melalui pautan https://sdk.myinvois.hasil.gov.my dan Soalan Lazim SDK di pautan https://sdk.myinvois.hasil.gov.my/faq.

Untuk rujukan dan panduan, pembayar cukai boleh mengakses SDK versi 1.0, Garis Panduan Umum e-Invois (Versi 2.3) dan Garis Panduan Spesifik e-Invois (Versi 2.1) yang telah dimuat naik ke Laman Mikro e-Invois di portal rasmi LHDN menerusi pautan https://www.hasil.gov.my/e-invois pada 6 April lepas.

Pembayar cukai boleh hubungi talian 03-8682 8000 atau e-mel ke [email protected] untuk sebarang pertanyaan lanjut tentang SDK dan Sandbox Sistem MyInvois.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Horizon Motoring named Distinguished Brand of the Year, strengthens its position in Singapore’s used...

Horizon Motoring Pte Ltd, recently recognised as the Distinguished Brand of the Year, continues to demonstrate resilience and growth in Singapore's evolving automotive landscape by staying focused on customer value, market expertise and long-term sustainability.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings