the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Helikopter milik APMM terhempas di Kuala Selangor

KUALA LUMPUR: Sebuah helikopter jenis Agustawestlan AW139 milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) terhempas di kawasan perairan berhampiran Pulau Angsa di Kuala Selangor pagi tadi.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, ketika dihubungi Bernama, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu daripada orang awam pada kira-kira 10 pagi.

“Maklumat awal yang diterima terdapat empat orang mangsa dan diselamatkan nelayan,” katanya.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) turut mengesahkan insiden itu dan akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM Datuk Kapten Norazman Mahmud berkata pihaknya kini di peringkat akhir mengumpul maklumat berhubung insiden itu sebelum mengeluarkan kenyataan rasmi.

“Ya, ada insiden tersebut. Kami akan keluarkan kenyataan sebentar lagi,“ katanya.

APMM akan turut mengeluarkan kenyataan berhubung insiden itu. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings