the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga Sabtu

KUALA LUMPUR: Hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di beberapa kawasan di Kelantan dan Pahang serta seluruh Terengganu hingga Sabtu ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan amaran di Kelantan melibatkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai, manakala Pahang di Kuantan.

Dalam pada itu, METMalaysia turut mengumumkan penamatan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

“Penamatan amaran hujan berterusan tahap wasapada melibatkan beberapa kawasan di Kedah iaitu Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu,” menurut kenyataan itu.

Di Perak pula amaran itu ditamatkan bagi kawasan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Manjung.

Sementara itu, METMalaysia dalam kenyataan memaklumkan amaran angin kencang dan laut bergelora diramal berlaku hingga Ahad ini.

Angin kencang timur laut berkelajuan 50-60 kilometer sejam (kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian hingga 4.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Condore dan barat laut Reef North, dan keadaan itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

“Angin kencang timur laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter pula diramal berlaku di kawasan perairan Samui, utara Tioman, utara Bunguran, timur laut dan barat daya Reef North yang berbahaya kepada bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut,“ menurut kenyataan itu.

METMalaysia menasihati orang ramai supaya sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings