the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Hujan lebat: Wanita berdepan detik cemas, kereta dihempap pokok

SHAH ALAM: Seorang wanita berdepan detik cemas apabila sebatang pokok di Batu Nilam 34, Bukit Tinggi di Klang menghempap kenderaannya dalam kejadian ketika hujan lebat petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan Penyelamat Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata bagaimanapun, wanita berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan dan berjaya keluar dari kereta itu sebelum bomba tiba di lokasi kejadian.

Terdahulu, pihaknya menggerakkan enam pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang setelah mendapat panggilan daripada orang awam pada 4.49 petang.

“Setibanya di lokasi, sebatang pokok telah menghempap kira-kira empat kenderaan di sekitar kawasan itu termasuk kenderaan mangsa dan kerja-kerja mengalihkan pokok selesai pada 6.22 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings