the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Imran Khan dijatuhi hukuman penjara 10 tahun

ISLAMABAD: Mahkamah Pakistan pada Selasa menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas bekas Perdana Menteri Imran Khan (gambar) dan diplomat tertingginya Shah Mahmood Qureshi atas pertuduhan membocorkan “rahsia negara.”

Hukuman itu dikeluarkan oleh Hakim Abual Hasnat Mohammad Zulqarnain di Penjara Adiala Rawalpindi, lapor Agensi Anadolu memetik penyiar tempatan, ARY News.

Peguam Khan, Gohar Ali Khan, bagaimanapun berkata parti Pakistan Tehreek-e-Insafnya (PTI) akan mencabar hukuman itu di Mahkamah Tinggi Islamabad.

Gohar juga merupakan ketua parti PTI.

“Kami akan mencabar hukuman ini di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Agung Islamabad dan berharap kami akan mendapat keadilan,” katanya kepada pemberita.

Khan dituduh mendedahkan rahsia rasmi dalam satu perhimpunan pada tahun 2022.

Bekas pemain kriket yang pernah berkhidmat sebagai perdana menteri dari 2018 hingga 2022 itu disingkirkan selepas gagal dalam undi percaya di Parlimen pada April 2022, kurang setahun sebelum menamatkan penggal perkhidmatannya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Hong Kong Disneyland Continues to Enhance Guest Experience Through Flexible Weather Adaptation Measures

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - As Hong Kong's summer weather becomes increasingly unpredictable, with periods of extreme heat, high humidity, and occasional rain showers and thunderstorms, Hong Kong Disneyland Resort (HKDL) continues to enhance its facilities and operations to better support guests and cast members throughout the season.

Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) Announces Tender Sale of Optical Inventory Located...

SHENZHEN, CHINA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) is inviting expressions of interest from optical retailers, distributors, wholesalers, exporters, and trade buyers for the acquisition of its inventory through a tender sale process.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings