the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Insiden Pulau Angsa: Bangkai helikopter APMM dijangka dibawa keluar petang ini

KUALA SELANGOR: Bangkai helikopter jenis AW139 kendalian Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang melakukan pendaratan cemas di perairan Pulau Angsa di sini pagi tadi dijangka dibawa keluar dari lokasi kejadian lewat petang ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor DSP Mohd Ambia Nordin berkata sehingga itu, polis melakukan pengawasan bagi memastikan keselamatan di sekitar lokasi kejadian.

“Saya telah ke lokasi kejadian dan kita menugaskan lapan anggota polis membantu APMM membuat kawalan keselamatan di lokasi kejadian.

“Kawalan keselamatan dibuat bertujuan mencegah orang awam daripada menghampiri lokasi kerana bangkai pesawat masih berada di sana dan di lokasi juga terdapat tumpahan minyak,“ katanya kepada pemberita di Jeti Pasir Penambang selepas meninjau lokasi insiden.

Terdahulu, APMM mengesahkan helikopter jenis AW139 milik agensi itu melakukan pendaratan cemas ketika menjalani latihan menyelamat di perairan Pulau Angsa, Selangor pada 9.55 pagi namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Pesawat yang diterbangkan oleh Leftenan Komander (M) Tengku Mohd Nizam Tengku Zakaria turut disertai Leftenan Komander (M) Mohamad Azrol Saidi bersama kru udara Pegawai Waran I (M) John Ibno serta perenang penyelamat Bintara (M) Muhamad Nurhayyat Hashim. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Ladies here, you need to respect them’ – French travel show highlights Rapid KL’s...

“You might see a group of women trying to push you out of the train!” the commuter laughed. “But in the worst-case scenario, you could be reported. They could pull the alarm, report you to an officer on the platform, and the officer would ask you to leave.”

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings