the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ismail Sabri harap lebih banyak kursi pengajian Melayu ditubuh

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap lebih banyak kursi pengajian Melayu ditubuhkan di universiti serantau dan peringkat global dalam memartabatkan Bahasa Melayu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai penubuhan Kursi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob oleh Thai Global Business Administration Technological College (TGBC) bagi memperkasakan Bahasa Melayu di Thailand.

Menurut Ismail Sabri, kursi itu adalah yang pertama di institut pengajian tinggi di Thailand, khusus untuk pengajian dan penyelidikan ketamadunan Melayu dan Bahasa Melayu.

“Ini merupakan satu langkah yang mampu memberi impak besar kepada hasrat untuk memartabatkan Bahasa Melayu di peringkat ASEAN dan antarabangsa. TGBC dan Rajamangala University Of Technology (RMUTT) Thailand akan berfungsi sebagai hab pendidikan untuk memperluas jaringan Pengajian Melayu dan Ketamadunan di Thailand.

“Sememangnya memang impian kita bersama untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa, sekurang-kurangnya di peringkat ASEAN,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Antarabangsa Aspirasi Bahasa Melayu (SAABM 2023) bertemakan ‘Melonjak Aspirasi Pengantarabangsaan Bahasa Melayu’ di sini hari ini.. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings