the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

JAS serbu dua kilang haram disyaki punca pencemaran bau di Sungai Petani

ALOR SETAR: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah hari ini menyerbu dua kilang yang disyaki beroperasi secara haram yang didakwa menyebabkan pencemaran bau di kawasan Mukim Pinang Tunggal, dekat Sungai Petani, di sini.

Pengarah JAS Kedah Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata serbuan dilakukan pada 11 pagi tadi terhadap sebuah kilang kayu tidak berlesen dan sebuah lagi kilang yang menjadi tempat penstoran sisa plastik dan buangan terjadual.

“Kilang yang menjadi tempat penstoran buangan itu menyimpan bahan sisa plastik dan buangan terjadual SW 404 iaitu sisa klinikal. Serbuan itu dilakukan selepas JAS menerima banyak aduan awam berkaitan pencemaran khususnya pencemaran bau apabila sisa plastik diproses tanpa alat kawalan.

“Pemeriksaan lanjut turut mendapati terdapat bahan-bahan yang disyaki sisa klinikal seperti bekas ujian saringan Covid-19, picagari dan jarum telah dihancur dan dibasuh bagi tujuan kitar semula,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata air buangan basuhan itu kemudiannya telah disalurkan ke kolam takungan dan dilepaskan tanpa rawatan ke longkang awam dan seterusnya memasuki Sungai Muda yang merupakan sumber bekalan air di Kedah dan Pulau Pinang.

Menurut Sharifah Zakiah kilang pemprosesan sisa plastik haram serta sisa klinikal itu dipercayai didalangi warga China dan siasatan lanjut sedang dilakukan bagi menentukan sama ada buangan berkenaan dari sumber tempatan atau dibawa dari negara luar.

Dalam pada itu, beliau berkata semasa serbuan dilakukan, terdapat sekumpulan pekerja asing yang cuba melarikan diri ke kawasan belukar berhampiran.

“JAS telah menghubungi Jabatan Imigresen untuk tindakan pemeriksaan terhadap sebahagian pekerja yang ditahan. Serbuan berkenaan turut disertai anggota dan pegawai JAS dan turut dibantu oleh Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah,“ katanya.

Menurut beliau JAS Kedah telah melaksanakan Penahanan Operasi Kelengkapan terhadap kilang tersebut di bawah Seksyen 38 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Seksyen 34A akta yang sama.

Selain itu, JAS akan turut memohon Perintah Larangan di bawah Seksyen 34AA di bawah akta tersebut dikenakan terhadap premis berkenaan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings