the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
30.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG

PUTRAJAYA: Jawatankuasa Program Road to Gold akan mempertimbangkan untuk menyenaraikan bintang muda berbasikal trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri (gambar) ke dalam program Fast Track di bawah inisiatif Road to Gold (RTG) pada mesyuarat akan datang.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.

Hannah yang juga pengerusi bersama program RTG dengan Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata jawatankuasa program itu sentiasa mengalu-alukan atlet berpotensi meraih pingat emas di Sukan Olimpik untuk disenaraikan ke dalam RTG bukan sahaja untuk edisi Paris malah bagi Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28).

“Setakat ini kita ada skuasy dan terjun di dalam program Fast Track dan kita akan mengadakan mesyuarat untuk mempertimbangkan, melihat kriteria-kriteria kerana jawatankuasa RTG ini bukan menteri sahaja yang pengerusikan, ia ada juga pengerusi bersama dengan Tan Sri Norza dan jawatankuasa tersebut akan membuat keputusan.

“Hasrat saya sebanyak mungkin atlet boleh masuk (ke RTG) kerana kita nak lebih ramai lagi atlet mempunyai potensi untuk bawa balik pingat emas. Dia bukan kelab eksklusif, sesiapa yang ada potensi dan kita akan lihat,“ katanya pada Majlis Sambutan Hari Raya Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) di sini hari ini.

Baru-baru ini Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) percaya Nurul Izzah harus disertakan dalam program Fast Track di bawah inisiatif RTG selepas secara rasmi layak ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Timbalan Presiden PKBM Datuk Amarjit Singh Gill berkata langkah berkenaan akan membantu mengembangkan sepenuhnya potensi pelumba berusia 21 tahun itu untuk mencabar pelumba terbaik dunia pada temasya LA28.

Dalam pada itu Hannah berkata buat masa ini jawatankuasa RTG rancak melakukan persediaan ke Paris menjelang temasya sukan berprestij berlangsung pada 26 Julai hingga 11 Ogos ini.

Beliau berkata pasukan RTG dan kontinjen negara juga sering mengadakan pertemuan bagi memastikan persiapan kontinjen negara berjalan lancar.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Banyan Group Residences Unveils Exclusive Banyan Tree Beach Residences Varuna at Laguna Phuket

PHUKET, THAILAND - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - Banyan Group Residences has unveiled Banyan Tree Beach Residences Varuna, a collection of just eight beachfront townhomes within Laguna Phuket.

Novum Studio Secures New Funding to Launch Ahoy Project, an AI-Native Enterprise Transformation Platform,...

NEW YORK, USA - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - Novum Studio, the company behind Frog - a Gen Z social app often described as a "new-generation Snapchat" - said it has raised a new round of funding and will use the proceeds to launch Ahoy Project, an AI-native enterprise communication and collaboration platform, with internal testing scheduled for July 2026.

Shorter Trips, More Meaningful Experiences: OZO Taps into the Rise of Micro-trips Across Asia-Pacific

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - As travellers across Asia-Pacific increasingly look for greater flexibility and balance in the way they travel, shorter and more frequent getaways are becoming a popular alternative to waiting for one long annual holiday.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings