the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

JBPM Kelantan selamatkan empat remaja dihanyut banjir

MACHANG: Empat remaja berusia 16 tahun dihanyutkan banjir dan tersangkut pada pokok dalam kejadian dekat Kampung Mengketil di sini hari ini.

Mereka bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Machang.

Komander Operasi JBPM Mokhtar Che Mah berkata laporan mengenai kejadian itu diterima Pusat Gerakan Operasi pada 4.18 petang tadi dan lapan anggota daripada BBP Machang diketuai beliau bergegas ke lokasi.

“Setiba di lokasi didapati terdapat empat remaja lelaki telah dihanyutkan dan tersangkut pada pokok dalam jarak 150 meter.

“Anggota operasi kemudiannya menggunakan tali dan berjaya menyelamatkan kesemua mangsa yang tersangkut itu dan (mereka) berada dalam keadaan selamat,” katanya.

Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut dan operasi selesai pada 5.51 petang tadi. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings