the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Jersi Lionel Messi semasa Piala Dunia Qatar dijual hampir US$8 juta

NEW YORK: Sebanyak enam jersi yang dipakai oleh bintang Argentina Lionel Messi semasa Piala Dunia 2022 di Qatar dilelong dengan nilai US$7.8 juta, kata rumah lelong Sotheby’s pada Khamis, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Jersi itu termasuk satu daripada kemenangan Argentina ke atas Perancis pada perlawanan akhir yang mengesahkan gelaran Piala Dunia pertama mereka sejak 1986 dan ketiga keseluruhan.

Walaupun terdapat harapan jersi itu dijual pada harga rekod, jumlahnya tidak mencapai harga tertinggi yang dibayar untuk jersi yang dipakai semasa lelongan.

Rekod itu masih kekal pada US$10.1 juta yang dibelanjakan pada September 2022 untuk jersi Permainan 1 Akhir NBA 1998 milik Michael Jordan.

Bagaimanapun, harga akhir itu adalah yang tertinggi untuk memorabilia sukan pada lelongan tahun ini dan memecahkan rekod jualan untuk memorabilia Messi.

Rekod sebelum ini yang dibelanjakan untuk sehelai pakaian yang dipakai oleh Messi adalah sebanyak US$450,000 untuk jersi Barcelona yang dipakainya dalam perlawanan El Clasico menentang Real Madrid pada 2017.

Sotheby’s tidak mendedahkan pihak yang membeli jersi itu. Sebahagian daripada hasil jualan itu akan didermakan kepada badan amal. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings