the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

JKNK: 2,790 kes denggi di Kelantan direkodkan tahun lepas

KOTA BHARU: Sebanyak 2,790 kes denggi dilaporkan di Kelantan pada 2023 iaitu peningkatan kes sebanyak 127.4 peratus berbanding 1,227 kes pada 2022.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin berkata bagaimanapun, jumlah kematian akibat denggi menurun kepada dua orang pada 2023 berbanding empat mangsa pada tahun sebelumnya.

Beliau berkata daripada jumlah yang direkodkan, JKNK mendapati kes-kes denggi pada 2023 sebenarnya juga lebih rendah berbanding ketika pandemik COVID-19 iaitu 3,874 pada 2020 dan 6,003 kes pada 2019.

“JKNK telah menjalankan aktiviti kawalan dan pencegahan untuk semua kes dan wabak denggi yang dilaporkan bagi memutuskan rantaian jangkitan termasuk pemeriksaan premis, semburan kabus, penghapusan tempat pembiakan dan pendidikan kesihatan.

“Setakat 30 Dis 2023, sejumlah 597,199 premis telah diperiksa tempat pembiakan aedes dan 2,480 kompaun di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 [Akta 154] dengan nilai RM1.24 juta telah dikeluarkan kepada pemilik premis yang terlibat,“ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata terdapat 215 wabak denggi berlaku di Kelantan pada 2023 berbanding hanya 59 wabak pada 2022.

“JKNK menyeru orang ramai untuk bersama-sama mengambil tanggungjawab bagi membendung penyakit denggi di negeri ini dengan bersama-sama memikul tanggungjawab serta bekerjasama membersihkan kawasan persekitaran rumah dan tempat kerja terutamanya di tempat-tempat yang pernah dinaiki air semasa banjir baru-baru ini,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings