the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

JTI Malaysia saran kerajaan gubal peraturan bagi produk vape

KUALA LUMPUR: Japan Tobacco International (JTI) Malaysia telah menyarankan agar kerajaan menggubal peraturan bagi produk vape di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023.

Pengurus Besar JTI Juliana Mohd Yahya berkata peraturan itu adalah penting dalam melindungi pengguna produk vape dan memudahkan kutipan cukai eksais daripada kategori produk ini terutama apabila mempertimbang kedudukan Malaysia sebagai pasaran e-vape ke-12 terbesar di dunia.

“Meskipun e-cecair yang mengandungi nikotin telahpun dikecualikan daripada Akta Racun 1952 sejak 1 April 2023 dan membolehkan ia dijual di kedai runcit, produk vape masih belum dikawal,“ katanya pada sidang media bertajuk Illegal Cigarette Trade: A Noticeable Decline In 2023 but Fake Tax Stamp Incidents Surged di sebuah hotel di sini hari ini.

Beliau turut meluahkan kebimbangan terhadap kesenjangan peraturan itu sehingga membolehkan pengusaha tidak bertanggungjawab memasarkan produk vape yang menyerupai mainan dan mengandungi bahan berbahaya yang dilarang di negara maju.

“Peraturan e-vape perlu dikuatkuasakan kerana ketika ini, tiada kawalan ke atas produk, ramuan, jualan dalam talian dan pemasaran.

“Saya sendiri pernah menyaksikan situasi di mana kedai vape menyasarkan golongan kanak-kanak,“ katanya sambil menekankan kepentingan untuk menangani isu itu.

Juliana turut merujuk pelaksanaan peraturan di United Kingdom berhubung ramuan dan jumlah nikotin sebagai model yang boleh dipertimbang oleh Malaysia. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival Held in Binzhou

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 18, the 2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival was held at the Yellow River Delta Trading Center in Binzhou.

Befar Group Achieves Mass Production of 6N-Grade High-Purity Hydrogen Fluoride

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 19, Shandong's Befar Group achieved a technological breakthrough in four key areas of process, engineering, testing, and filling to bring its high-purity hydrogen fluoride (HF) for semiconductor applications to the 6N grade (99.9999%).

Shopee Launches #MyShopeeJingle Competition with S$10,000 Cash Prize and Opportunity to Create Its Next...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Shopee today launched #MyShopeeJingle, a nationwide competition inviting tertiary students across Singapore to create the next soundtrack for Shopee's iconic 12.12 campaign.

Freshening Leverages Shopee’s Integrated Solutions to Scale Consumer Brand Zappy

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - As more established Singapore businesses adapt to changing consumer shopping habits, Shopee is helping manufacturers strengthen direct relationships with consumers through e-commerce, enabling traditionally B2B businesses to build recognised consumer brands and drive long-term growth.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings