the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Jualan Rahmah bergerak bantu isi rumah jimat belanja

KUANTAN: Jualan Rahmah Bergerak, inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dilihat amat berkesan dalam membantu isi rumah khususnya golongan B40 menjimatkan perbelanjaan mereka ketika membeli barangan keperluan.

Perkara itu diakui suri rumah Maznah Zakaria, 35, yang tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke program berkenaan yang dianjurkan di pekarangan Masjid Bukit Setongkol, di sini hari ini selepas tidak berkesempatan mengunjungi jualan sebelum ini.

Maznah yang membeli beberapa barang keperluan seperti ayam dengan harga RM10 seekor dan RM2.30 bagi santan 200 mililiter (ml) sekotak, berpuas hati dengan harga jualan yang dianggap berbaloi.

“Sebelum ini, kakak saya ada cakap barang-barang jualan program ini murah, jadi saya ke mari untuk membeli ayam dan santan yang mana betul, harga jualan lebih murah daripada pasar dan yang penting ayam dijual segar.

“Program ini bagus dan membantu golongan B40 untuk mendapatkan bahan masakan dengan harga murah sekali gus menjimatkan perbelanjaan keluarga kami,“ kata ibu kepada seorang anak yang menetap di Taman Cenderawasih, di sini kepada Bernama.

Selain ayam dan santan, Jualan Rahmah Bergerak yang dianjurkan bermula 10 pagi hingga 1 tengah hari itu turut menjual beras dengan harga RM15 bagi kampit lima kilogram (5kg), minyak masak 5kg (RM25), sardin (RM6), tepung gandum sebungkus (RM2.50), kicap (RM3), sos cili (RM3.50) dan sabun basuh pinggan (RM5).

Sementara itu, seorang pesara Ilahi Razak, 65, berkata dia dapat menjimatkan perbelanjaan sehingga 30 peratus selepas membeli beras, minyak, ayam, sos cili dan sabun basuh pinggan.

“Semalam saya beli ayam di pasar hampir RM20 seekor, hari ini dekat sini dapat RM10 seekor, barang lain pun murah juga. Dalam keadaan semua harga barang mahal sekarang, Jualan Rahmah ini saya lihat sedikit sebanyak membantu rakyat kurang berkemampuan,“ katanya.

Bagi Koyamoo Ali, 67, inisiatif program ‘kedai cari rakyat’ itu merupakan pendekatan dalam membantu masyarakat mendapatkan barangan dengan harga murah dan ia telah menerima sambutan yang baik daripada penduduk setempat.

“Saya juga membeli beberapa barang tadi dan ia berbaloi malah penganjurannya di kawasan ini juga memudahkan penduduk untuk membeli dengan selesa dan teratur,“ katanya yang menetap di Taman Bukit Setongkol Jaya, di sini. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malaysian unit trust industry expands

The assets under management (AUM) of unit trust companies in Malaysia increased by approximately RM27 billion, or 6%, to RM569.79 billion as of June 2025, driven by market and currency appreciation.

Healthcare sector to record 12% growth towards 2030

Malaysia’s healthcare sector is projected to record around 12% growth towards 2030, driven by an ageing population, rising chronic diseases, expanding private healthcare services, medical tourism and digital health adoption, according to Frost & Sullivan.

U Mobile completes transition to its own nationwide 5G network

Following its exit from the wholesale access agreement with Digital Nasional Bhd (DNB), U Mobile has successfully completed the migration to its own nationwide ULTRA5G network.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings