the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kastam N. Sembilan gagalkan aktiviti seludup rokok

SEREMBAN: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Sembilan mematahkan aktiviti penyeludupan rokok haram dan menyita lebih 30,000 karton rokok melibatkan cukai RM4.35 juta dalam dua operasi berasingan awal bulan ini.

Pengarah Kastam negeri Mohammad Hafiz Ishak berkata dalam serbuan pertama pada 1.30 tengah hari 15 Nov lepas, pihaknya menahan seorang lelaki tempatan dipercayai pemandu lori dan merampas 14,900 karton rokok di Kilometer 441.5 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan.

Beliau berkata, serbuan kedua juga pada hari sama, seorang lagi lelaki tempatan dipercayai pemandu lori jenis UD Trucks ditahan bersama 17,650 karton rokok tiada label cukai pada 4.30 petang di Kilometer 342.2 PLUS arah selatan.

“Jumlah sitaan rokok bagi kedua-dua kes dianggarkan RM556,100 dan melibatkan cukai sebanyak RM4.35 juta, manakala anggaran sitaan lori adalah RM35,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kedua-dua kes tersebut disyaki barangan Larangan Import Di Bawah Butiran 3, Bahagian II, Jadual Ketiga Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023.

Mohammad Hafiz berkata kedua-dua pemandu lori berusia lingkungan 30 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan.

“Rokok berkenaan dipercayai diimport dari luar negara untuk dipasarkan di negara ini,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings