the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kata-kata semangat dan doa buat Harimau Malaya untuk terus “mengaum” di Qatar

KUALA LUMPUR: Bahang aksi sulung skuad Harimau Malaya pada pentas Piala Asia 2023 bertemu Jordan berbaki beberapa jam sahaja lagi kian dirasai selepas ciapan peminat bola sepak tanah air mula membanjiri platform media sosial dengan lontaran kata-kata semangat dan harapan menggunung.

Menerusi tinjauan Bernama, ciapan seperti “Ayuh Harimau Malaya”, “Malaysia Boleh” selain “Ekor Harimau Sejati” oleh rakyat Malaysia serta individu berpengaruh seolah-olah bergema sehingga ke bumi Qatar.

Aksi anak buah Kim Pan Gon di ranking ke-130 dunia menentang negara Timur Tengah (ranking ke-87) itu menjadi tumpuan rakyat Malaysia setelah skuad negara berjaya menamatkan penantian lebih empat dekad untuk melayakkan diri secara merit ke kejohanan kedua tertua benua di dunia itu.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam hantaran di laman sosial X menzahirkan harapannya untuk melihat pasukan Harimau Malaya bermain dengan kemas dan sistematik.

“Peluang Malaysia untuk menang Piala Asia = 0.2 peratus. Kalau tengok dalam kumpulan (ranking) kita lebih rendah berbanding pasukan-pasukan lain. Jadi secara realistik, kalau nak curi mata pun cuma dari Jordan dan Bahrain.

“Itu kalau cakap pasal realistik. Impian yang harapnya boleh jadi kenyataan, Malaysia layak ke pusingan seterusnya. Kalau ini boleh bikin, memang sejarah buat Malaysia,“ ciapnya.

Bekas Menteri Belia dan Sukan Reezal Merican Naina Merican pula menyeru rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyatakan sokongan dan berharap kejayaan menjadi milik Harimau Malaya.

Sementara itu, bekas pengurus pasukan bola sepak Selangor yang juga pemerhati sukan, Zakaria Rahim berkata Harimau Malaya tidak mempunyai pilihan lain selain menumbangkan pasukan Jordan dan mencipta sejarah dalam perlawanan malam ini.

“Matlamat perlawanan ini ialah bagi mencipta sejarah. Menang atau kalah bukan pilihan di sini tetapi memberikan yang terbaik dalam setiap perlawanan adalah teramat penting.

Ganjarannya akan datang sendiri apabila usaha telah dioptimumkan. Maka, berikan segala yang anda ada dan elemen yang bergerak dalam permainan akan membawa anda kepada kemasyhuran,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Pemain legenda bola sepak tanah air Safee Sali menerusi sorotan cerita di Instagram mengajak rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik mahupun bangsa untuk bersama-sama mendoakan kemenangan pasukan Harimau Malaya dalam pertembungan awal pagi ini waktu Malaysia.

Malaysia yang menamatkan penantian 42 tahun untuk layak ke Piala Asia secara merit memulakan kempen Kumpulan E menentang Jordan pada 1.30 pagi ini waktu Malaysia, diikuti Bahrain (20 Jan) dan juara dua kali Korea Selatan pada 25 Jan ini.

Hanya juara dan naib juara setiap kumpulan bersama empat pasukan ketiga terbaik akan layak untuk pusingan 16 pasukan di Doha.

Ini merupakan penampilan keempat Malaysia dalam Piala Asia selepas layak secara merit pada 1976 di Iran, 1980 di Kuwait dan sebagai tuan rumah bersama pada 2007 tetapi tidak pernah mara ke pusingan 16 pasukan terbaik dalam kejohanan ini.

Sementara itu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) turut membuat tayangan skrin besar di 16 lokasi secara percuma, di seluruh negara bagi menyemarakkan lagi sokongan buat Harimau Malaya bagi ketiga-tiga perlawanan tersebut.

Antara lokasi yang dipilih ialah Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur; Padang Kota, di Georgetown, Pulau Pinang dan Dataran Mara, Kota Bharu, Kelantan. Orang awam boleh merujuk laman sesawang KBS di pautan https://www.kbs.gov.my/ untuk maklumat lanjut.

Ikuti berita dan info terkini mengenai Piala Asia 2023 di asiancup.bernama.com. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings