the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Keluarga rayu pengguna media sosial padam video kemalangan

IPOH: Keluarga Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie merayu kepada pengguna media sosial supaya memadamkan video serta foto berhubung insiden kemalangan yang meragut nyawa Allahyarham berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di sini, 15 Dis lepas.

Abang mangsa Zarul Fitri Muhd Zamrie, 29, berkata penularan video itu secara berterusan akan mengganggu serta meruntun emosi keluarganya.

“Apabila kami menonton kembali video kemalangan arwah di media sosial, ia akan mengembalikan ingatan kami kepada insiden berkenaan.

“Jadi, kami merayu supaya atas dasar sesama manusia supaya video serta foto berkenaan insiden arwah itu dipadam,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menerima kunjungan Setiausaha Politik Menteri Dalam Negeri Johari Kassim di kediamannya di Taman Chepor Sentosa di sini, hari ini.

Zairul Fitri berkata keluarganya juga berasa amat terharu dengan sokongan serta solidariti yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia kepada mereka khususnya berkaitan insiden terbabit.

“Terima kasih banyak-banyak atas sokongan itu, dan saya tahu ramai yang mendoakan adik saya. Saya cuma minta keadilan dan ketelusan terhadap proses siasatan (pendakwaan) yang dijalankan,” ujarnya lagi.

Selain itu, beliau berkata pelantikan lapan timbalan pendakwa raya bagi mengendalikan kes kematian adiknya itu juga memberi keyakinan bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan.

Terdahulu seorang pegawai kanan polis, Mohd Nazri Abdul Razak, 44, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh atas tuduhan membunuh Muhammad Zaharif dalam insiden kemalangan yang berlaku.

Tertuduh yang menjawat jawatan DSP dan bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah itu dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

A Pandastic Summer Birthday Celebration at Ocean Park Chance to win the all-new MAXUS...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Ocean Park is set to ignite a summer of joy with the Pandastic Summer Birthday Celebration for its entire family of six beloved giant pandas, running from now until 31 August 2026.

Hong Kong Disneyland Continues to Enhance Guest Experience Through Flexible Weather Adaptation Measures

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - As Hong Kong's summer weather becomes increasingly unpredictable, with periods of extreme heat, high humidity, and occasional rain showers and thunderstorms, Hong Kong Disneyland Resort (HKDL) continues to enhance its facilities and operations to better support guests and cast members throughout the season.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings