the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
30.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kemarau: KADA anggar 40,000 tan metrik hasil padi terjejas

KOTA BHARU: Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) menganggarkan 5,000 hektar kawasan sawah melibatkan 40,000 tan metrik hasil padi terjejas, berikutan kemarau yang sedang melanda ketika ini.

Pengerusinya Muhammad Hussin berkata kawasan tersebut sangat kering, mengakibatkan tanah merekah dan tanaman rosak teruk.

“Kebanyakan kawasan terjejas itu bergantung kepada Stesen Pam Kemubu melibatkan Kota Bharu Utara dan Selatan, yang tidak dapat diselamatkan,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat sunat istisqa bagi memohon hujan bersama 300 pesawah, di Stesen Pam Kemubu di Ketereh di sini hari ini.

Muhammad berkata Stesen Pam Kemubu tidak dapat beroperasi, kerana paras air kini mencatatkan 2.48 meter berbanding 3.5 meter paras minimum stesen pam itu beroperasi dan kerugian sebenar masih tidak dapat dianggarkan ketika ini.

Dalam pada itu Muhammad berkata KADA berusaha membantu pesawah dengan membina telaga tiub melibatkan kos RM500,000, yang disalurkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Namun beliau berkata proses membina telaga tiub itu berdepan kesukaran, kerana ada sesetengah kawasan tidak mempunyai punca air, kekurangan pekerja dan terpaksa meminta bantuan operator dari Terengganu.

Muhammad berkata masalah kekurangan air di kawasan sawah dijangka dapat diatasi apabila Stesen Pam Kemubu 3 siap sepenuhnya pada Jun 2025. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings