the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Keputusan permohonan Muhyiddin dapatkan pasport secara kekal pada 29 Nov

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 29 Nov untuk membuat keputusan berhubung permohonan Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) untuk mendapatkan pasport antarabangsanya secara kekal.

Hakim Azura Alwi menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan peguam pemohon Datuk K. Kumaraendran serta Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Lim Wai Keong.

Terdahulu, Kumaraendran berhujah bahawa ia tidak sepatutnya menjadi isu bagi mahkamah menyerahkan pasport itu tanpa syarat kerana anak guamnya tidak pernah gagal menghadiri prosiding mahkamah sejak kes itu bermula.

“Anak guam saya juga memegang beberapa jawatan penting di negara ini… beliau Ahli Parlimen Pagoh dan Presiden Bersatu. Beliau juga memiliki aset di Malaysia. Oleh itu, tidak timbul isu untuk mahkamah tidak menyerahkan pasport secara kekal,” kata peguam.

Sementara itu, Wan Shaharuddin dalam hujah balasnya berkata permohonan berkenaan tidak sepatutnya dibenarkan kerana tertuduh masih menghadapi tiga pertuduhan pengubahan wang haram.

DPP Lim pula berhujah bahawa jika permohonan itu dibenarkan, ia akan memperolok-olokkan keadilan kerana alasan utama tertuduh mendapatkan pasport secara kekal adalah untuk tujuan percutian.

Muhyiddin,76, hadir ke mahkamah hari ini.

Pada 16 Okt lepas, Muhyiddin memfailkan notis permohonan supaya mahkamah mengubah bon yang dikenakan terhadapnya bagi mengembalikan pasport antarabangsanya tanpa syarat.

Dalam afidavit sokongannya, Ahli Parlimen Pagoh itu berkata beliau memerlukan pasport untuk percutian keluarga di London dan pemeriksaan kesihatan di Singapura pada akhir tahun ini.

Pada 2 Okt lepas, Muhyiddin memfailkan permohonan supaya beliau dilepas tanpa dibebaskan daripada tiga pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM200 juta berkaitan projek Jana Wibawa.

Muhyiddin berdepan dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM195 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank milik Bersatu.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Cawangan Menara KL, Jalan Stesen Sentral di sini antara 25 Feb dan 16 Julai 2021 serta 8 Feb dan 8 Julai 2022.

Muhyiddin juga didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 13 Mac lepas terhadap satu pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM5 juta dan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen di sini untuk dibicarakan bersama.

Pada 15 Ogos lepas, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Muhyiddin daripada empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi parti Bersatu berkaitan projek Jana Wibawa.

Pihak pendakwaan memfailkan notis rayuan di Mahkamah Rayuan pada hari sama terhadap keputusan itu dan pendengaran rayuan ditetapkan pada 28 dan 29 Feb 2024. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Five Taiping wardens to be charged for inmate assault

Five Taiping Prison wardens will be charged tomorrow for intentionally causing hurt to three inmates in a January 2023 incident.

Malaysian unit trust industry expands

The assets under management (AUM) of unit trust companies in Malaysia increased by approximately RM27 billion, or 6%, to RM569.79 billion as of June 2025, driven by market and currency appreciation.

Healthcare sector to record 12% growth towards 2030

Malaysia’s healthcare sector is projected to record around 12% growth towards 2030, driven by an ageing population, rising chronic diseases, expanding private healthcare services, medical tourism and digital health adoption, according to Frost & Sullivan.

U Mobile completes transition to its own nationwide 5G network

Following its exit from the wholesale access agreement with Digital Nasional Bhd (DNB), U Mobile has successfully completed the migration to its own nationwide ULTRA5G network.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings