the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan peruntuk dana jaminan RM5b SJPP khusus untuk syarikat Bumiputera

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM5 bilion daripada jumlah pembiayaan RM20 bilion bagi 2024 yang dijamin di bawah Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Bhd (SJPP) akan dikhususkan untuk syarikat bumiputera.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (gambar) berkata dana jaminan itu akan mengutamakan sektor pertumbuhan baharu Ekonomi MADANI.

Di samping itu, katanya tumpuan juga akan diberikan kepada usaha pendigitalan oleh syarikat perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

“Dengan pendekatan ini, ia juga dapat memastikan syarikat bumiputera di pelbagai peringkat pertumbuhan mendapat akses kepada pembiayaan.

“Jaminan SJPP untuk syarikat kecil dan sederhana bumiputera akan membantu melengkapkan pembiayaan yang diumumkan semasa Kongres Ekonomi Bumiputera bagi usahawan mikro melalui pembiayaan mikro sebanyak RM1 bilion serta untuk syarikat pemula dan pertumbuhan tinggi melalui dana ekuiti sebanyak RM1 bilion di bawah syarikat berkaitan kerajaan (GLC),” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Peluncuran Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan dan Skim Jaminan Kredit Perumahan – Belanjawan 2024 di sini hari ini.

Setakat ini, Amir Hamzah berkata SJPP telah menjamin lebih 100,000 PMKS dengan nilai keseluruhan diluluskan berjumlah lebih RM75 bilion.

“Untuk tahun lepas sahaja, SJPP telah membantu lebih 19,000 PMKS dengan nilai pembiayaan yang dijaminkan sebanyak RM18.5 bilion,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata sejak penubuhan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) pada 2008, telah meluluskan jaminan kepada lebih 43,000 penerima dengan jumlah pembiayaan melebihi RM8.8 bilion.

“Untuk 2023 sahaja, SJKP telah memanfaatkan lebih 23,000 peminjam dengan jaminan bernilai RM6 bilion,” katanya.

Mengambil kira perkembangan semasa dengan ramai bekerja dalam sektor tidak formal dan menjadi pekerja gig, katanya kerajaan meningkatkan SJKP dengan jaminan tambahan RM10 bilion untuk tahun ini dan ia bakal memanfaatkan lebih 40,000 peminjam.

“Institusi kewangan juga disarankan supaya lebih peka kepada golongan pekerja tersebut dan mengubah daripada penilaian kredit yang bergantung kepada slip gaji supaya dapat menilai juga kemampuan pinjaman oleh pekerja daripada sektor tidak formal dan gig berdasarkan prestasi pendapatan,” katanya.

Mengenai hutang tidak berbayar (NPL), Amir Hamzah berkata SJPP merekodkan penurunan peratusan kepada dua peratus daripada tujuh peratus sejak penubuhannya.

“Kalau kita tengok NPL SJPP yang dahulunya masih bermula dengan tujuh peratus dan kini skim dah bertambah baik apabila ia merekodkan kurang daripada dua peratus dan sampai kepada tahap yang boleh kekal.

“Justeru, ia adalah inovasi yang baik dari semasa ke semasa dan kita perlu menyokong pembangunan PKS di Malaysia,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings