the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
30.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kes dadah meningkat 25% di Labuan

LABUAN: Labuan menyaksikan peningkatan 25 peratus kes jenayah berkaitan dadah tahun ini bermula Januari hingga setakat ini, berbanding tempoh sama tahun lepas.

Ketua Polis Labuan Supt Mohd Hamizi Halim berkata pihaknya menahan 155 individu atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan merampas dadah serta aset bernilai keseluruhan lebih RM71,000 dalam tempoh tersebut.

Empat daripada suspek disiasat di bawah Seksyen 39B akta berkenaan yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan kerana mengedar dadah, katanya kepada pemberita hari ini.

Mohd Hamizi berkata 11 individu ditahan di bawah Seksyen 39A(1), dikategorikan sebagai kes membekalkan, yang memperuntukkan dua hingga lima tahun penjara dan sebatan jika sabit kesalahan.

Beliau berkata 122 individu ditahan mengikut Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya (pertama kali didapati mengambil dadah) dengan lima daripada mereka menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 39C (akta sama) bagi kesalahan berulang manakala 18 lagi didakwa mengikut Seksyen 12 (2) akta sama (memiliki dadah)

Katanya dua individu diambil tindakan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.

“Peningkatan insiden berkaitan dadah telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pihak berkuasa dan masyarakat, oleh itu terdapat keperluan untuk usaha kolaboratif daripada semua untuk memerangi masalah yang semakin meningkat ini dengan berkesan,“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lawnova returns to spoga+gafa with second-generation robotic mower built for AI boundary setup-free navigation

As spoga+gafa opens its doors in Cologne, Yosemite Robotics is returning to Europe with Lawnova, its own robotic mower brand, and a second-generation lineup designed to move the category beyond wire-free mowing toward boundary setup-free outdoor automation.

Harris Hotel & Conventions Sunshine Penang opens, marking the brand’s first presence in Malaysia

HARRIS Hotel & Conventions Sunshine Penang officially opens its doors today, marking the debut of the HARRIS brand in Malaysia and introducing a vibrant new hospitality, meetings and lifestyle destination in the heart of Ayer Itam.

Montfort Boys Town reinforces Malaysia’s TVET talent pipeline with 107 skilled graduates

Montfort Boys Town has produced yet another cohort of skilled and industry-ready graduates, with all 107 students from its 2026 graduating batch successfully attaining their Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Level 2 certification.

Five prison officers charged over Taiping Prison incident

The Prisons Department said the charges mark the latest development in ongoing legal proceedings, following the earlier prosecution of another officer under Section 304(b) of the Penal Code over the same case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings