the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kongres Dunia IAA pertama tarik lebih 1,200 delegasi

GEORGE TOWN: Kongres Dunia Persatuan Periklanan Antarabangsa (IAA) ke-45 yang dianjurkan oleh Pulau Pinang buat kali pertama tahun ini, menarik penyertaan lebih 1,200 delegasi dari 26 negara.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow (gambar) berkata kongres bertemakan Brand RE-CODE, for a Better World, Better Life, itu dilihat sejajar dengan visi Pulau Pinang untuk masa depan yang mampan dan inklusif.

“Sehubungan itu, visi Penang2030 menandakan komitmen kerajaan negeri untuk mengejar masa depan yang lebih hijau dan lestari secara konsisten,“ katanya ketika merasmikan Kongres Dunia IAA di sini hari ini.

Kongres tiga hari itu menampilkan sesi perbincangan panel dan bengkel dengan barisan lebih 70 penceramah.

Sementara itu, Pengerusi Kongres Dunia IAA ke-45 John D Chacko berkata acara itu menekankan kandungannya yang pelbagai dan mempunyai kepentingan global.

“Kongres ini merangkumi kandungan mengenai kemampanan, kreativiti, teknologi, kecerdasan buatan (AI), kepelbagaian, ekuiti dan keterangkuman (DEI).

“Hari terakhir kongres akan mengetengahkan fokus mengenai kesaksamaan gender yang bertepatan dengan Hari Wanita Antarabangsa. Sesi itu akan meneroka peranan inovasi dan teknologi dalam memajukan kesaksamaan gender, menggariskan DEI sebagai pemangkin kreativiti dan inovasi dalam penjenamaan, perniagaan dan pemasaran,“ katanya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings