the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPDN Melaka serbu kedai runcit bekal barang bersubsidi kepada restoran

MELAKA: Kelicikan seorang pengusaha restoran mamak dengan membuka kedai runcit haram bersebelahan premis makanannya untuk mengaburkan aktiviti membekalkan barangan bersubsidi kepada restoran tersebut, terbongkar selepas diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka, di sini hari ini.

Pengarahnya Norena Jaafar berkata kegiatan dua premis tersebut di Melaka Raya, Banda Hilir di sini yang dimiliki dan dikendalikan oleh warga asing itu, terbongkar menerusi maklumat orang awam serta siasatan dan operasi yang dilakukan penguat kuasa KPDN Melaka hari ini.

“Ini modus operandi terbaharu yang dikesan dan kita percaya ia dilakukan kerana kedai makan tidak dibenarkan menggunakan minyak masak paket bersubsidi yang dikhaskan untuk isi rumah, serta serbuan-serbuan yang kerap dilakukan oleh penguat kuasa.

“Jadi, mereka buka kedai runcit bersebelahan dengan kedai makan dengan beranggapan kedai runcit tersebut akan membekalkan barangan kawalan seperti gula, tepung dan minyak masak kepada kedai makan berkenaan,” katanya pada sidang media selepas serbuan tersebut dilakukan.

Norena berkata dalam serbuan tersebut 493 kilogram (kg) minyak masak paket, 50 paket tepung gandum dan 276 paket gula bersubsidi serta dua tong gas petroleum cecair (LPG) dirampas, dengan jumlah keseluruhan dianggarkan hampir 845kg bernilai RM2,000.

Beliau berkata tindakan tidak bertanggungjawab itu, akan memberi kesan kepada lebih 200 isi rumah yang sepatutnya mendapat barangan bersubsidi, terutamanya minyak masak paket 1kg.

Norena berkata hasil siasatan juga mendapati kedai runcit tersebut yang baru dibuka 10 hari lepas itu, bukan sahaja tidak berdaftar dengan pihak majlis berkuasa tempatan, malah tidak mempunyai sebarang dokumen atau permit kebenaran menyimpan barangan kawalan berjadual di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Mereka ini sangat berani melanggar peraturan dan langkah seterusnya ialah kita akan pergi kepada pemborong yang jual barangan kawalan ini kepada mereka (pemilik kedai runcit).

“Sekiranya ada kesalahan berlaku tindakan keras akan diambil, sebab kita sudah memberi amaran kepada pemborong, agar tidak menjual kepada mana-mana organisasi atau individu yang tidak mempunyai lesen bagi barangan kawalan. Malah kita juga akan terus melakukan pemantauan dan serbuan agar perkara ini tidak lagi berlaku di Melaka,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings