the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPN: PDRM terima lebih 40 laporan polis ancaman bom palsu

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima sebanyak 44 laporan berhubung ancaman bom palsu di seluruh negara sejak Selasa lepas sehingga 8 pagi tadi.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata jumlah yang diterima itu melibatkan sekolah kerajaan, swasta dan antarabangsa.

Beliau berkata akaun e-mel yang menggunakan nama “Taktstorer” itu dikenal pasti berasal daripada Cyprus dan alamat protokol internet e-mel itu dari Finland yang sering berubah.

“Kami ada menghubungi Pengarah Pelajaran Negeri untuk sekolah yang mempunyai e-mel Google (untuk kenal pasti ancaman bom palsu),” katanya kepada pemberita selepas hadir Majlis Pengiktirafan Tolak Rasuah dan Pelancaran Peraturan 3C sempena sambutan Bulan Integriti 2023 di Maktab PDRM, Cheras di sini hari ini.

Razarudin berkata polis telah menjalankan tindakan pembersihan keselamatan di sekolah-sekolah terlibat yang kononnya ada ditanam bom di kawasan sekolah.

“Saya beri jaminan bahawa kepada ibu bapa, murid-murid dan guru-guru bahawa keselamatan mereka adalah keutamaan polis, “ katanya.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati negara lain juga turut mendapat ancaman bom palsu seperti Jamaica (dikenal pasti sebanyak 70 panggilan bom palsu), Trinidad dan Tobago, Jerman dan Amerika Syarikat.

“Kita masih meneruskan siasatan kita dengan bantuan-bantuan negara terlibat termasuk Biro Siasatan Persekutuan (FBI),” katanya.

Sementara itu di PULAU PINANG, sebuah lagi sekolah iaitu sekolah menengah agama di Tasik Gelugor membuat laporan polis selepas menerima ancaman bom menerusi e-mel.

Ia menjadikan empat buah sekolah termasuk tiga buah sekolah antarabangsa di negeri ini menerima ancaman ugutan bom.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin berkata sekolah itu menerima e-mel berhubung ancaman bom itu Selasa lepas namun baru menyedari e-mel berkenaan hari ini.

“Kami menerima satu lagi laporan polis ancaman bom menerusi e-mel hari ini dari guru sebuah sekolah di Tasek Gelugor pada 1.55 tengah hari tadi,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Semalam, PDRM menerima 37 laporan mengenai ancaman bom palsu yang dihantar melalui e-mel ke beberapa buah sekolah swasta dan kerajaan di seluruh negara.

Ancaman berkenaan dihantar menerusi dua akaun e-mel menggunakan nama “taktstorer” yang bermaksud pengganggu ketenteraman dalam Bahasa Jerman daripada penyedia perkhidmatan e-mel beeble.com.

Sementara itu di PERAK, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung hari ini telah menerima laporan seorang guru besar di sebuah sekolah khas di Sitiawan yang menyatakan pihaknya telah menerima e-mel daripada seorang individu yang tidak dikenali berkaitan ancaman bom dua hari lepas.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Mohamed Nordin Abdullah dalam satu kenyataan hari ini berkata e-mel itu diterima kira-kira 11.57 pagi pada 21 Nov.

“E-mel tersebut lebih berunsurkan kepada ugutan jenayah dengan menyatakan bahawa “bahan letupan telah ditanam di sekolah” dan turut mendatangkan kebimbangan secara menakut-nakutkan pihak sekolah,“ katanya.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings