the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Laluan kontra Malaysia ke Singapura di KSAB bermula minggu depan

ISKANDAR PUTERI: Pelaksanaan laluan kontra dari Malaysia menghala ke Singapura di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di sini, akan bermula seawal minggu depan.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook (gambar) berkata pelaksanaan itu, akan menambah jumlah kaunter terlibat daripada 24 kepada 36 kaunter, sekali gus membantu penyuraian trafik di laluan darat antara kedua-dua negara melalui Linkedua.

“Di KSAB terdapat 24 kaunter keluar (menuju Singapura) dan 24 kaunter masuk (menuju Malaysia). Apabila kita aktifkan laluan kontra bermaksud, kita menambah 12 lagi laluan keluar menjadikan keseluruhan 36 kaunter iaitu pertambahan sebanyak 50 peratus. Ini antara cadangan yang dilontarkan pihak kerajaan Johor ketika waktu puncak, bagi memudahkan perjalanan dan juga mengurangkan kesesakan.

“Waktu puncak laluan kontra kaunter keluar ialah hari Ahad, bila rakyat Singapura mahu pulang ke negara mereka, berbeza dengan waktu puncak kaunter masuk iaitu hari Jumaat atau Sabtu. Oleh itu, pelaksanaan laluan kontra ini tidak menjadi masalah,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di CIQ KSAB di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor Mohamad Fazli Mohamad Salleh.

Berhubung perkhidmatan sistem kawalan Permit Kemasukan Kenderaan Asing (VEP) dan Caj Jalan (RC) di laluan kontra berkenaan, Loke berkata pelaksanaan secara mobil akan diguna pakai buat jangka masa pendek, sebelum perkhidmatan kekal mula beroperasi selewat-lewatnya akhir penggal keempat tahun ini.

“VEP dan RC sangat penting untuk menyimpan data kenderaan keluar negara melalui laluan berdaftar. Jadi kaedah mobil cara terbaik untuk kita selesaikan isu ini, kerana buat masa ini laluan kontra keluar tidak lagi mempunyai sistem kekal.

“Apa yang diperlukan bagi pelaksanaan laluan kontra tersebut ialah kelulusan JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) yang terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan (MOT), jawapannya, kita benarkan dengan syarat isu teknikal selesai (kaedah mobil di laluan kontra keluar),” katanya.

Sementara itu, Mohamad Fazli berkata kerajaan negeri berterima kasih kepada MOT kerana membenarkan pelaksanaan laluan kontra keluar dilaksana di KSAB.

“Alhamdulillah, menteri telah memberi komitmen untuk inisiatif ini dengan adanya kaedah mobil. Jadi 12 kaunter bertentangan boleh digunakan sebagai tambahan kepada 24 kaunter sedia ada. Harapan saya inisiatif ini akan dapat melancarkan lagi aliran trafik di Linkedua ini.

“Dahulu Linkedua ini kebanyakannya digunakan kenderaan lori tetapi selepas Covid-19 dan peningkatan kecekapan perkhidmatan di sini, maka makin ramai pengguna termasuk motosikal mula menggunakan laluan ini,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings