the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lawatan kerja Zambry ke Arab Saudi, Turkiye perkukuh potensi Malaysia dalam pendidikan tinggi serantau

PUTRAJAYA: Lawatan kerja Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir (gambar) ke Arab Saudi dan Turkiye, yang bermula hari ini, akan mengukuhkan lagi potensi Malaysia sebagai pemain utama sektor pendidikan tinggi serantau serta antarabangsa khususnya di rantau Asia Barat.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan hari ini memaklumkan lawatan itu juga membuka peluang untuk meningkatkan lagi kerjasama dua hala dengan kedua-dua negara dalam bidang pendidikan tinggi.

Menurut KPT, penyertaan Malaysia di persidangan Inisiatif Keupayaan Manusia (HCI) di Arab Saudi dan Forum Diplomasi Antalya (ADF) 2024 di Turkiye yang bakal membantu melebarkan ruang bagi merancakkan program mobiliti pelajar, tenaga akademik, penyelidik, anggota pentadbiran serta kepimpinan sektor pendidikan tinggi negara.

Zambry mengadakan lawatan kerja ke Arab Saudi dari 27 hingga 29 Feb dan Turkiye dari 1 hingga 3 Mac ini bagi memenuhi jemputan rakan sejawat beliau iaitu Menteri Pendidikan Arab Saudi Yousef Abdullah Al-Benyan untuk menghadiri HCI di Riyadh.

HCI adalah persidangan antarabangsa yang menghimpunkan pemimpin dan pemikir global terdiri daripada penggubal dasar, sektor korporat, pelaburan dan akademik untuk menghasilkan potensi, memangkinkan kerjasama antarabangsa serta memaksimumkan daya tahan dalam bidang pembangunan keupayaan manusia.

Bertema #FutureReadiness, KPT berkata Zambry akan menyertai sesi panel bersama Al-Benyan bagi mengupas persoalan berkaitan sistem pendidikan dan asas yang diperlukan bagi memupuk tenaga kerja yang berdaya tahan masa kini.

Beliau juga dijangka menyentuh mengenai pembangunan pendidikan tinggi dalam bidang kecerdasan buatan (AI), pendigitalan serta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia.

Kenyataan itu menyebut Zambry juga akan mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Pendidikan Arab Saudi, Menteri Pendidikan dan Pendidikan Tinggi Qatar dan Menteri Pendidikan Bahrain selain lawatan kerja ke King Abdul Aziz University Jeddah serta sesi perjumpaan dengan beberapa rakan strategik pendidikan tinggi di Arab Saudi.

Beliau kemudian dijadual melakukan lawatan kerja ke Turkiye bagi mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menerima jemputan untuk menghadiri serta menyampaikan ucaptama di ADF 2024 di Antalya.

ADF 2024 adalah persidangan ketiga yang dianjurkan oleh Turkiye sebagai platform diplomasi antarabangsa serta diskusi intelek oleh united minds dunia dalam menangani cabaran global dan serantau.

Menurut kenyataan itu, semasa di ADF 2024, Zambry akan menyertai sesi panel bersama Menteri Luar Bangladesh Hasan Mahmud, Menteri Luar Sri Lanka Tharaka Balasuriya dan Timbalan Menteri Luar Vietnam Nguyen Minh Hang.

Panel itu dijangka membicarakan kesiapsiagaan rantau Asia Pasifik dalam mendepani isu rentas sempadan seperti perubahan iklim, keselamatan maritim dan keganasan serta kesan pembangunan digital dan teknologi baharu.

KPT berkata Zambry juga dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Luar Turkiye Hakan Fidan.

Selain itu, Zambry akan ke Istanbul untuk menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Utara Malaysia dengan empat institusi pendidikan tinggi Turkiye iaitu Universiti Karabuk, Universiti Yildrim Beyazit Ankara, Universiti Dicle dan Universiti Teknikal Gebze.

Turut disaksikan ialah MoU antara Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) dengan beberapa universiti di Istanbul. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings